Mat Bangla Ugut Sebar Video Lucah Wanita Terpaksa Jadi Hamba S3KS

13:18
Mat Bangla Ugut Sebar Video Lucah Wanita Terpaksa Jadi Hamba S3KS merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Mat Bangla Ugut Sebar Video Lucah Wanita Terpaksa Jadi Hamba S3KS.



Mat Bangla Ugut Sebar Video Lucah Wanita Terpaksa Jadi Hamba Seks|Seorang kerani terpaksa menjadi hamba seks kepada seorang lelaki warga Bangladesh selepas lelaki terbabit mengugut akan menyebar video aksi panas mereka berdua kepada keluarga, rakan dan teman lelakinya.

Menurut mangsa yang mahu dikenali sebagai Lily, 21, dia mengenali lelaki itu dua tahun lalu ketika mereka bersama-sama bekerja di sebuah kilang pemborang sayur di Simpang Pulai.

Menurut Lily juga, sejak itu dia mengenali lelaki terbabit, Anwar, 27, dan hubungan mereka sama seperti rakan-rakan sekerja yang lain.

“Detik hitam bermula 30 Ogos lalu, kira-kira jam 12 tengah hari, ketika Anwar mengajak saya keluar minum di Gopeng. Tak lama lepas minum, saya rasa pening dan terus tidak sedar.

“Bila sedar, saya terkejut kerana berada dalam keadaan bogel di sebuah bilik hotel. Hotel tu sebelah kedai tempat kami minum.

“Masa tu, lelaki tu pun ada dalam bilik dan ugut akan sebarkan video seks kami yang dirakam gunakan telefon bimbit,” katanya memetik laporan dari Sinar Harian.

Tambah Lily, suspek menghubungi setiap hari selepas insiden dan memaksanya melakukan hubungan seks jika tidak mahu video itu tersebar.

“Sepanjang tempoh itu, saya dipaksa melayan nafsu dia sebanyak lima kali dan kali terakhir pada 25 September lalu di sebuah hotel bajet di Simpang Pulai.

“Saya dah tak tahan, sebab tu saya beritahu kepada teman lelaki saya dan dia (teman lelaki) nasihatkan supaya laporkan kepada polis,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Bercham, Lim Huey Shan berkata, dia dan 20 orang anggota sukarelawan (SRS) membantu mangsa memerangkap suspek bagi diserahkan kepada pihak berkuasa.

“Seperti biasa mangsa mengambil suspek di tempat kerja di Simpang Pulai menaiki keretanya dan kita bertindak menghalang kenderaan tersebut serta menahan suspek sebelum dibawa ke Balai Polis Bercham.

“Kita berbuat demikian selepas mangsa meminta bantuan supaya suspek dapat ditahan atas kesalahan yang dilakukannya itu,” katanya yang turut membuat laporan polis berhubung insiden. - Siakapkeli.my

#Panas di Mat Bangla Ugut Sebar Video Lucah Wanita Terpaksa Jadi Hamba S3KS

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.