Apa Permintaan Peribadi Tun M Terjawab...

19:22
Apa Permintaan Peribadi Tun M Terjawab... merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Apa Permintaan Peribadi Tun M Terjawab....
Sebelum ini, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah menegaskan punca Tun Dr Mahathir Mohamad marah dengannya adalah kerana keenganan melayan beberapa permintaan peribadi mantan Perdana Menteri itu.
Dr Mahathir sendiri sehingga hari ini tidak pernah menafikan bahawa beliau ada membuat permintaan peribadi dengan Najib menjadikan dakwaan Najib sebagai benar.
GAMBAR HIASAN
Berikutan itu, Mynewshub cuba mendapatkan kepastian dan jawapan dari sumber yang rapat dengan Pejabat Perdana Menteri akan apakah permintaan peribadi yang dimaksudkan itu.
Menurut sumber, terdapat dua perkara yang ditolak Najib yang menyebabkan Dr Mahathir begitu marah dengan beliau sehingga memulakan serangan termasuk yang bersifat peribadi.
Pertama adalah pemintaan Dr Mahathir untuk mendapatkan dana atau geran berjumlah RM1.7 bilion bagi Proton yang menjadi isu sejak tahun lepas lagi.
“Perdana Menteri menolak kerana jumlah yang terlalu besar dan Proton kini dah jadi milik swasta (dimiliki oleh Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary sejak 2012).
“Kalau kerajaan beri kepada Proton, banyak lagi syarikat lain akan menjerit meminta dana atas alasan mengapa Proton boleh dan mereka tidak,” jelasnya kepada Mynewshub ketika dihubungi baru-baru ini.
Sebelum ini, permohonan dana oleh Dr Mahathir untuk Proton telah diramal banyak pihak akan menimbulkan masalah politik andai ia ditolak.
Permintaan kedua menurut sumber adalah Dr Mahathir mahukan beberapa projek bernilai tinggi (kaedah direct negotiation) untuk sekumpulan peniaga Cina yang juga rakan-rakan rapat beliau.
Sumber berkenaan bagaimanapun enggan mendedahkan siapa rakan-rakan rapat berkenaan namun memberitahu ia adalah kumpulan rakan-rakan lama Dr Mahathir.
“Dr Mahathir dan Najib dahulu sering bertemu face to face dan ketika itu Tun membuat permintaan, tetapi Najib bimbang dengan pemberian kontrak direct nego kerana rakyat akan marah bila ia tersebar,” katanya.
Sumber: MYNEWSHUB
#Infokini di Apa Permintaan Peribadi Tun M Terjawab...

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.