Showing posts with label Infokini. Show all posts
Showing posts with label Infokini. Show all posts

9 Jenis Setan Yang Menggangu Manusia Menurut Khalifah Umar Bin Khattab R.A.

19:54 0
9 Jenis Setan Yang Menggangu Manusia Menurut Khalifah Umar Bin Khattab R.A. merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri 9 Jenis Setan Yang Menggangu Manusia Menurut Khalifah Umar Bin Khattab R.A..

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak setan :

1. Zalituun

Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin

Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awan

Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf

Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).

5. Murrah

Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain-lain.

6. Masuud

Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim

Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi).

8. Walahaan

Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

9. Lakhuus

Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari

Mana satu jenis anak syaitan yang sering mengganggu anda ? Adakah jenis Walahaan iaitu was-was untuk menyebarkan maklumat ini?

KITA PEMUDA PEMUDI ISLAM
KITA UMAT ISLAM AMBIL PEDULI !!!
ALLAHUAKBAR!!
#Infokini di 9 Jenis Setan Yang Menggangu Manusia Menurut Khalifah Umar Bin Khattab R.A.

Doa Untuk Orang Tua Yang Sudah Meninggal Dunia. [Baca, Amalkan Dan Sebarkan!]

17:45 0
Doa Untuk Orang Tua Yang Sudah Meninggal Dunia. [Baca, Amalkan Dan Sebarkan!] merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Doa Untuk Orang Tua Yang Sudah Meninggal Dunia. [Baca, Amalkan Dan Sebarkan!].


Pemberian yang paling berharga dan ditunggu-tunggu dari anak-anak oleh roh arwah ibu ayah yang telah pulang ke rahmatullah adalah doa yang berterusan daripada mereka.

Oleh kerana itu, jangan sesekali lupa untuk doa dan sedekahkan kepada mereka berdua.

Doa seorang anak soleh kepada arwah bapanya adalah amalan yang dapat membantu dan boleh menjadi penyambung pahala mereka di alam barzakh.

Berikut adalah doa untuk dibaca dan diamalkan selalu oleh mereka yang bapanya telah meninggal dunia sebagai amalan harian.

#Infokini di Doa Untuk Orang Tua Yang Sudah Meninggal Dunia. [Baca, Amalkan Dan Sebarkan!]

Subhanallah… Kenapa Tangan Berkedut Bila Kena Air Lama-lama?

16:04 0
Subhanallah… Kenapa Tangan Berkedut Bila Kena Air Lama-lama? merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Subhanallah… Kenapa Tangan Berkedut Bila Kena Air Lama-lama?.

Pernahkah anda tertanya-tanya kenapa jari-jari tangan dan kaki kita selalu berkedut setiap kali berendam dalam air? Tom Smulders, seorang pakar evolusi biologi saraf dari Newcastle University di Inggeris, mengatakan, kulit mengecut merupakan bentuk adaptasi fisiologi. Kulit mengecut memberikan cengkaman yang lebih baik ketika kerja-kerja untuk mencabut tumbuhan-tumbuhan yang basah.

“Kulit kedut juga menghalang kaki tergelincir apabila berjalan di persekitaran yang basah dan licin,” kata Smulders, pada, 9 Januari, 2013. Kajian itu sekaligus membuktikan kebijaksaan Allah dalam setiap hal yang terjadi.

Kedutan pada jari tangan dan kaki juga membantu manusia purba membangunkan teknologi awal mereka, misalnya pengendalian alat dalam keadaan basah. Ini membuatkan mereka memperbaiki senjata memburu jika digunakan di tengah hujan dan seperti alat menombak ikan.

Teori lama mengatakan hujung jari atau jari kaki akan menyerap air apabila bersentuhan dengan air dalam masa yang lama. Permukaan kulit mula membengkak, beralun, dan membentuk lipatan-lipatan kecil. Namun kajian Smulders menunjukkan hal itu tidak berlaku ketika saraf di jari patah.

Bila membengkak, jari yang bersentuhan dengan air, ia akan mengecut kerana saluran darah di dalamnya mengecut. Kesan-kesan ini dikawal oleh sissubtem saraf autonomik, yang juga mengawal pernafasan dan denyutan jantung.Smulders menyiasat manfaat jari berkedut selepas membaca kertas yang ditulis Mark Changizi, pengarah kognisi manusia di Makmal 2AI di Idaho, Amerika Syarikat. Kertas yang diterbitkan dalam jurnal Brain, Behavior and Evolution, mengatakan bahawa kedutan pada jari seperti bunga tayar kereta dan rangkaian saliran di pergunungan.

Dalam kajiannya, Smulders meminta 20 responden untuk memindahkan 45 guli dari satu bekas ke ke bekas lain. Setiap responden mesti menjepit guli satu persatu dengan telunjuk dan ibu jari tangan kanan. Guli dibawa melewati lubang yang memisahkan antarwadah. Kemudian dipindahkan ke jari telunjuk dan cengkaman ibu jari tangan kiri dan dimasukkan ke dalam bekas lain.

Satu lagi soalan yang timbul daripada kajian ini adalah mengapa jari tidak berkedut pada setiap masa. Malah, apabila tidak tenggelam di dalam air. Smulders berkata kedutan membawa satu lagi kerugian bagi fungsi jari jari kaki dan manusia. “Kepekaan di tangan dan kaki akan hilang,” katanya
#Infokini di Subhanallah… Kenapa Tangan Berkedut Bila Kena Air Lama-lama?

Kenapa Perlu Tutup Cermin Di Rumah Bila Berlaku Kematian & Apakah Hukumnya??

15:14 0
Kenapa Perlu Tutup Cermin Di Rumah Bila Berlaku Kematian & Apakah Hukumnya?? merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Kenapa Perlu Tutup Cermin Di Rumah Bila Berlaku Kematian & Apakah Hukumnya??.

Seolah telah menjadi satu kebiasaan masyarakat kita, bila ada jenazah di rumah maka kesemua cermin-cermin muka akan ditutup dengan kain. Pernah tak amalan pelik ini menjadi tanda tanya buat anda? Sebenarnya ramai yang tidak tahu jawapan sebenarnya tetapi tetap mengamalkannya.

Apa kaitan cermin muka dengan jenazah? Amalan pelik ini dikatakan telah wujud sejak zaman nenek moyang dan masih menjadi ikutan sehingga kini.

Mungkin ramai yang ingin tahu apa hukumnya dalam Islam bila ada yang menutup cermin muka ketika ada jenazah di dalam rumah. Di bawah ini adalah satu perkongsian berkaitan persoalan Kenapa Perlu Tutup Cermin Di Rumah Bila Berlaku Kematian dan juga hukumnya..

Assalamualaikum ustaz,

Ada tuan rumah yang cover cermin-cermin muka di rumah dengan kain semasa ada jenazah. Saya ingin bertanya mengapa. Harap ustaz jelaskan hukum melakukannya. Terima kasih.

Ini jawapannya:

Kami tidak menjumpai saranan dari Rasulullah saw supaya menutup cermin-cermin muka ketika terdapatnya jenazah dalam rumah tersebut. Apa yang kami temui ialah ianya merupakan amalan orang tua-tua dahulu yang beranggapan bahawa, cermin hanya digunakan oleh si mati ketika hidupnya sahaja. Apabila telah mati, cermin tersebut tidak berguna lagi kerana mengikut Kepercayaan Kuno Masyarakat Hindu, roh atau hantu tidak boleh melihat dirinya dalam cermin.

Maka untuk menjaga hati dan perasaan serta bagi menghormati roh tersebut, setiap cermin muka dirumah si mati tersebut perlulah ditutup. Perbuatan tersebut mengikut syarak adalah dilarang kerana ianya adalah perbuatan yang tidak dilakukan oleh Rasulullah saw serta dianggap sebagai satu perbuatan khurafat yang menyalahi syarak.
#Infokini di Kenapa Perlu Tutup Cermin Di Rumah Bila Berlaku Kematian & Apakah Hukumnya??

Mengapa Tiada Bilik Bernombor 420 Di Hotel?

15:04 0
Mengapa Tiada Bilik Bernombor 420 Di Hotel? merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Mengapa Tiada Bilik Bernombor 420 Di Hotel?.

Tidakkah anda tertanya-tanya, mengapakah hotel jarang menampal atau memiliki bilik bernombor 420? Selalunya anda terkesima mengapakah selepas nombor 419 maka nombor berikutnya adalah 421. Ke manakah gerangan nombor 420 itu pergi? Mengapa…mengapa…dan mengapa?


Ternyata perkara tersebut memiliki misterinya yang tersendiri. Inilah beberapa fakta yang ditemui disebalik nombor 420 itu.

1. Kelahiran penagih ganja


Pada tahun 1971, seramai lima siswa dari Sekolah Tinggi San Rafael di Marin County, California, Amerika Syarikat, berjanji untuk bertemu pada pukul 4.20 petang. Pertemuan tersebut dilakukan pada 20 April oleh kelompok Waldos (kelompok pecandu). Hi himpunanceritalawak, best ke kopipes? Mereka pun bertemu di patung kimiawan Louis Pasteur yang ada di sekolah. Agar tidak ada yang mengetahui pertemuan ini, mereka pun menggunakan kod 420 dengan satu sama lain sebagai jemputan untuk menghisap ganja.

2. Kod dalam bidang kepolisian

Angka 420 merupakan kod antara petugas polisi sebagai petunjuk bahawa ada orang sedang menghisap marijuana atau ganja. Untuk melaporkan kejadian ini, maka si pelapor akan menggunakan kod tersebut.

3. Sebagai kod jemputan


Masih sama dengan fakta nombor satu, fakta ini juga mengisahkan tentang para pecandu di Oakland. Pada 1990, salah satu anggota Waldos kenali sebagai anggota band The Grateful Dead, yang juga pencandu ganja. Sebelum melakukan konsert, para anggota band menyebarkan pamplet yang berisi jemputan untuk menghisap ganja bersama dengan memberikan kod 420 pada 20 April, pukul 4.20 petang.

4. Waldos diselamatkan oleh pencinta kod 420

Waldos diselamatkan pencinta 420 dari buruan polis pada tahun 1998.

5. Tarikh lahir Adolf Hitler

Fakta terkahir ini dianggap sebagai tarikh lahir diktator asal Jerman, Adolf Hitler. Hitler lahir pada pada 20 April. Kerana tidak ingin disamakan dengan pengikut pimpinan lambang Swastika ini, para pemilik hotel ataupun apartmen tidak menggunakan angka yang berhubungan dengan 20, termasuk 420.

Maka sehingga sekarang penggunaan nombor atau kod 420 tidak diperbolehkan untuk dipasang di hotel atau mana-mana apartmen. Ini kerana, bilik yang memiliki nombor 420 dianggap sebagai ruangan khusus yang disediakan untuk berpesta ganja.
#Infokini di Mengapa Tiada Bilik Bernombor 420 Di Hotel?
Powered by Blogger.