Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

"KENAPA ALLAH SWT PILIH NABI ISA UNTUK MEMBUNUH DAJJAL?" INI JAWAPAN SEBENAR YANG PASTI MENGEJUTKAN UMAT ISLAM

05:50 0
KENAPA ALLAH SWT PILIH NABI ISA UNTUK MEMBUNUH DAJJAL? Kisah Agama INI JAWAPAN SEBENAR YANG PASTI MENGEJUTKAN UMAT ISLAM merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asalArtikel Agama ini.


KENAPA ALLAH SWT PILIH NABI ISA UNTUK MEMBUNUH DAJJAL?

Saya ringkaskan isi kuliah maghrib yang suami dengar dan disampaikan kepada saya.

Begini kisahnya.....Apabila hari kiamat hampir tiba nanti Allah akan turunkan Nabi Isa untuk menghancurkan Dajjal...Kenapa Allah memilih Nabi Isa..? 

Ustaz kata, Nabi Isa diturunkan untuk baginda membersihkan namanya, berkaitan peristiwa baginda disalib... Selain itu, sewaktu peristiwa Israk Mikraj baginda memberi salam pada Nabi Muhammad SAW...Oleh kerana mengetahui kelebihan menjadi umat Nabi Muhammad maka baginda berdoa dan bermohon kepada Allah supaya diperkenankan untuk menjadi sebahagian umat Muhammad..

Maka doa Nabi Isa itu telah Allah Swt perkenankan..Sebab itu baginda diturunkan apabila hampir kiamat nanti...Seperti yang diketahui, ketika Nabi Isa diangkat ke langit dahulu, baginda masih bujang dan belum berkahwin.Turunnya baginda ke bumi, setelah berjaya membunuh dajjal laknatullah dikatakan baginda akan memerintah di dunia ini sehingga 40 tahun..dan baginda juga akan Allah temukan jodoh, diberi peluang berkahwin dan berkeluarga seperti nabi-nabi lain.

Sehingga sampai tempoh yang ALLAH beri, maka baginda akan diwafatkan..Dikatakan jasad baginda akan dikebumikan bersebelahan makam Saiyidina Umar Al-Khatab...Begitu kisahnya..

Kenapa Allah pilih Nabi Isa bangsa Israel bukan Nabi Muhamad bangsa Arab.
#Panas di "KENAPA ALLAH SWT PILIH NABI ISA UNTUK MEMBUNUH DAJJAL?" INI JAWAPAN SEBENAR YANG PASTI MENGEJUTKAN UMAT ISLAM

ALLAHUAKBAR:: MAYAT BERCAKAP KETIKA MANDI JENAZAH. APA YANG DICAKAPKAN MEMANG TIDAK TERLINTAS DI MINDA KITA !!

05:50 0
ALLAHUAKBAR:: MAYAT BERCAKAP KETIKA MANDI JENAZAH. APA YANG DICAKAPKAN MEMANG TIDAK TERLINTAS DI MINDA KITA !! merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri ALLAHUAKBAR:: MAYAT BERCAKAP KETIKA MANDI JENAZAH. APA YANG DICAKAPKAN MEMANG TIDAK TERLINTAS DI MINDA KITA !!


Ketika ajal menjemput, tidak ada seorang pun yang mampu menghentikan. Dalam sebuah kitab karya Imam Abdirrahin bin Ahmad Al Qadhiy, dijelaskan bagaiman sakitnya raga ketika ruh mulai dicabut. Hal ini diceritakan Rasulullah SAW kepada Aisyah ra.

Dapatkan Update Entri terkini Glepor Blog di Facebook.
Sila "Like" Sesawang Network News/Media Facebook Page

"Dan datanglah sakaratul mautdengan sebenarnya Itulahyang kamu selalu lari darinya".
Dalam suatu hadits yang diriwayatkan oleh Aisyah ra, diceritakan bahwa suatu hari ia tengah duduk di dalam rumah dan mengucapkan salam, Aisyah ra berencana untuk berdiri dan menyambut kedatangan kekasih Allah tersebut.

"Duduklah di tempatmu, tidak usah berdiri wahai Ummul Mukminin,"begitu ucap Rasulullah SAW.
Kemudian Rasulullah SAW ikut duduk dan meletakkan kepalanya di pangkuan Aisyah, Tak berapa lama kemudian Rasulullah SAW pun tidur terlentang.Pada saat itu Aisyah ra menemukan uban yang ada di jenggot Rasulullah SAW dan melihat 19 helai rambut yang memutih.Maka Aisyah pun menangis sampai air matanya jatuh menetes di wajah Rasulullah SAW sampai akhirnya ia pun terbangun dari tidurnya.

"Wahai ummul mukminin,
apa yang membuatmu menangis? "
tutur Rasulullah SAW.

Maka Aisyah ra menceritakan apa yang ia rasakan setelah melihat uban-uban Rasulullah SAW tersebut.

"Tahukah kamu, kondisi apakah yang paling menyusahkan bagi mayit?" Kata Rasulullah SAW.
"Tidak ada kondisi yang paling menyusahkan atas diri mayit dari saat keluar dari rumahnya, anak-anak yang ditinggalkan berada di belakangnya, serta menangisinya," kata Aisyah.
"Itu memang menyakitkan, tapi masih ada lagi yang jalan pedih dari itu," sahut Rasulullah SAW. "Tidak ada kondisi yang lebih berat atas diri mayit dari saat dia dimasukkan dalam liang lahat dan dikubur di bawah tanah, para kerabat, anak dan istrinya meninggalkannya pulang.Setelah itu datanglah Malaikat Munkar dan Nakir dalam kuburnya," ujar Aisyah lagi.
Rasulullah SAW tersenyum mendengar penuturan itu.Setelah itu beliau menjelaskan kepada bahwa sesungguhnya saat yang paling berat bagi mayit adalah ketika datangnya "Tukang Memandikan Mayit."

Mereka mengeluarkan cincin dari jari-jari orang yang mati tersebut, melepaskan pakaiannya kemusian memandikannya.Ketika itu, ruhnya memanggil saat melihat jasadnya telanjang dengan suara yang dapat didengar oleh seluruh makhluk kecuali jin dan manusia.

"Apa yang diserukan oleh ruh itu ya Rasulullah?
"tanya Aisyah.
"Hai tukang memandikan,
demi Allah aku memohon kepadamu agar engkau mencopot pakaianku dengan rencana- rencana,
karena sesungguhnya saat ini aku sedang istirahat dari sakitnya pencabutan nyawa dari Malaikat Maut,
"begitu ungkap Rasulullah SAW.
"Lalu apa yang diserukan lagi oleh ruh ...?
"tanya Aisyah ra lagi.
"Hai tukang memandikan, demi Allah jangan engkau tuangkan air panas,
jangan engkau gunakan air panas dan jangan pula air dingin,
sesungguhnya jasadku telah terbakar sebab dicabutnya nyawaku,
"papar Rasulullah SAW.


"Lalu ketika dimandikan, apa yang diserukan oleh ruh itu ...?
"tanya Aisyah ra lagi.
Dan ketika dimandikan, ruh itu berkata,
"Demi Allah, hai tukang memandikan, janganlah engkau pegang diriku terlalu kuat, sesungguhnya jasadku masih terluka karena keluarnya nyawa,
"tutur Rasulullah SAW.
Astaghfirullah ....semoga kita  diberi wafat dalam keadaan Khusnul Khatimah ...
Diberi ketenangan jiwa sampai hari kiamat nanti. Amiiin ...

Dapatkan Update Entri terkini Glepor Blog di Facebook.
Sila "Like" Sesawang Network News/Media Facebook Page

#Panas di ALLAHUAKBAR:: MAYAT BERCAKAP KETIKA MANDI JENAZAH. APA YANG DICAKAPKAN MEMANG TIDAK TERLINTAS DI MINDA KITA !!

Al-Fatihah Perginya Hamba Allah - Yatt Hamzah

19:42 0
Al-Fatihah Perginya Hamba Allah - Yatt Hamzah. Semoga roh saudara Islam mendapat rahmat dari segala amal kebaikannya di dunia. Entri merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. 

Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Al-Fatihah Perginya Hamba Allah - Yatt Hamzah.

Al-Fatihah Perginya Hamba Allah - Yatt Hamzah


Al-fatihah! Semoga roh saudara Islam mendapat rahmat dari segala amal kebaikannya di dunia.

Hamzah menjelaskan dirinya hampir terkorban di bumi Syria sewaktu menjalani misi bantuan kemanusian baru-baru ini.Menurut Yatt Hamzah atau nama sebenarnya Haryati Hamzah, setelah selesai memberi bantuan bersama suami, kawasan tersebut telah di bom 10 minit kemudian.ramai rakyat Syria yang meninggal.. Al-fatihah! Semoga roh saudara Islam mendapat rahmat dari segala amal kebaikannya di dunia.

Cerita Yatt Hamzah di Syria

Sebenarnya kesengsaraan yang dialami penduduk Syria lebih teruk dan dahsyat berbanding penduduk di Palestin.Banyak bangunan runtuh serta hilang tempat tinggal. 

Saya hanya berserah pada Allah dan nekad apabila berada di Syria kerana nyawa saya ketika itu umpama telur di hujung tanduk, bila-bila masa sahaja boleh maut.

Namun demi membantu umat Islam, saudara kita di sana, saya kena berani dan tak boleh rasa gentar, membantu mereka adalah ibadah yang besar fadilatnya,” katanya seperti dipetik menerusi Portal Murai. 

Jelas Yatt lagi, rombongannya turut terkandas di sempadan Syria-Turki selama 6 jam kerana pihak berkuasa di sana membuat pemeriksaan ketat terhadapa sesiapa sahaja. 

Cuaca di sempadan panas berbanding di Syria yang sejuk, selepas 6 jam barulah pasukan kami dapat beredar bagaimanapun keesokkan harinya di tempat saya terkandas itu telah di bom.

Saya bersyukur kerana masih dipanjangkan umur dan tiada perkara yang tidak diingini berlaku, apa-apa pun penduduk di Syria memang memerlukan bantuan terutama daripada semua pihak
- Yatt Hamzah

Yatt Hamzah Cerita dari Syria

#Panas di Al-Fatihah Perginya Hamba Allah - Yatt Hamzah

SUBHANALLAH !! Air terjun bawah laut di kepulauan Lautan Hindi..Saksikan Kebesaran Allah

17:09 0
SUBHANALLAH !! Air terjun bawah laut di kepulauan Lautan Hindi..Saksikan Kebesaran Allah. Mauritius adalah sebuah negara kepulauan di Lautan Hindi kira-kira 2,000 kilometer (1,200 batu) di lepas pantai tenggara benua Afrika.

Mauritius pertama kali ditemui oleh bangsa Arab pada 975 Masehi, kemudian oleh Portugis antara 1507 dan 1513. Sejak itu setelah tempoh penggantian dan penjajahan antara Perancis, Belanda dan Inggeris. Pulau ini menjadi republik pada tahun 1968.

Terletak di hujung Barat pulau, anda akan menemui sebuah ilusi yang menarik. Bila dilihat dari atas, larian pasir dan endapan lumpur mencipta ilusi 'air terjun bawah laut'. Pandangan satelit (seperti terlihat pada screenshot Google Maps) sama-sama dramatik, pusaran air kelihatan muncul di pantai























Sumber




Nasihat kubur - Luangkan Masa 2 Minit Membacanya

13:38 0
Nasihat kubur - Luangkan Masa 2 Minit Membacanya. Info Agama untuk semua

Nasihat Kubur:


Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yang gelap, maka terangilah aku dgn TAHAJUD.

Aku adalah tempat yang paling sempit, maka LUASKAN aku dengan ber SILATURAHIM.

Aku adalah tempat yang paling sepi maka RAMAIkanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN.

Aku adalah tempatnya binatang-binatang yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH

Aku yang menyepitkanmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT

Aku adalah tempat untuk merendammu dengan cairan yang sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dengan PUASA..

Aku adalah tempat Munkar dan Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"...

Tiap-tiap Yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya." (Surah Ali Imran 3:185) -n.i-
Sumber




16 Syaitan dan Tugas-tugasnya

00:09 0
16 Syaitan dan Tugas-tugasnya




Di sini disebutkan ENAM BELAS nama ketua syaitan dan peranan mereka menggoda manusia di atas dunia ini agar berbuat jahat, maksiat dan derhaka serta selalu lupakan Tuhan yang Maha Esa :



1. ZALITUN, tugasnya menyuruh manusia gemar boros berbelanja,tanpa had dan fikiran hanya ingat pada makan dan makanan.



2. WATIN, tugasnya mendekati orang yang sedang ditimpa musibah agar bersangka buruk kepada ALLAH Taala.



3. A’AWAR, tugasnya menggoda raja dan orang besar agar zalim, rasa takbur dengan jawatan, membiarkan rakyat tanpa dibela dan tidak suka mendengar nasihat ulama. Menghias perempuan agar lelaki segera tergoda dan menggoda wanita agar mendekati lelaki yang dilihat menarik.



4. HAFFAF, tugasnya mengajak manusia berbuat maksiat, suka minum khamar dan berfoya-foya.



5. MURRAH, tugasnya mendekati ahli muzik agar selalu lalai dan leka, dan melekakan pula para pengikut mereka. Juga mengganggu ahli-ahli ibadat semasa sedang berwuduk agar membazir, yakni menggunakan banyak air untuk berwuduk.



6. MASUD, tugasnya menyuruh manusia selalu mengumpat, fitnah dan adu domba, suka berdendam sesama manusia.



7. DASIM, tugasnya memecahkan suami isteri agar suka bergaduh dan bercerai. Menyuruh manusia marah bukan pada tempatnya dan kepada marah yang membawa dosa. Juga menampakkan cela adik-beradik sehingga mudah bertengkar dan bermasam muka.



8. WALAHAN, tugasnya menimbulkan rasa waswas dalam beribadat, khasnya ketika orang itu sedang mengambil wuduk.



9. LAKHUS, tugasnya mengajak manusia agar menyembah selain daripada ALLAH SWT.



10. SABRUM, tugasnya mengajak manusia ke jalan yang jahat dan tidak sabar dengan ujian yang diterima, umpamanya mengoyak-ngoyak baju pada saat kematian ahli keluarga dan sebagainya.



11. MISWAT / MASWAT, tugasnya mempercepatkan manusia untuk berbuat maksiat dan suka kepada setiap perkara maksiat, di samping melengah-lengahkan berbuat taat dan amal salih. Ia gemar membawa berita dusta dan gosip liar.



12. ZAKTABUR / ZAKNABUR / ZALANBUR, tugasnya ialah menimbulkan raja ujub dan takbur dengan segala kelebihan yang ada pada dirinya.



13. KHINZAB, tugasnya mengganggu orang yang beribadat, khasnya yang bersembahyang, dengan membuatkan manusia berasa waswas dengan amalan baik yang dilakukannya dan sentiasa cuba meruntuhkan keyakinan terhadap agama Islam yang dianutinya.



14. LAQNIS, tugasnya mengganggu orang yang bersuci dan berwuduk sehingga jadi ragu dan tidak sempurna.



15. ABYADH, inilah jenis syaitan yang paling berat godaannya, paling buruk sikapnya, kerana tugasnya ialah menggoda para nabi dan rasul yang diutuskan kepada manusia.



16. KHANNAS, inilah syaitan yang menimbulkan waswas hati terhadap adanya ALLAH Taala, adanya perkara-perkara sam’iyat dan melalaikan hati manusia daripada mengingat Tuhannya sepanjang masa. Semuanya adalah untuk menyesatkan umat manusia, khususnya yang Islam dan beriman kepada ALLAH SWT.



#Semoga kita mendapat serba sedikit ilmu manfaat daripada secebis pengetahuan yang ada ini, khasnya untuk menghadapi godaan syaitan yang amat banyak itu..
Sumber




Jauhi 8 Perkara lidah yang boleh mencampakkan seseorang ke neraka Jahannam!!

18:42 0
Jauhi 8 Perkara lidah yang boleh mencampakkan seseorang ke neraka Jahannam!!




Ulama mengatakan yang lidah ini fizikalnya kecil sahaja tetapi besar implikasi dosanya. Al-Habib Zin Ibni Ibrahim Ibni Sumair, seorang ulama besar yang masih hidup dan tinggal di bumi Madinah sekarang ini berkata, anggota badan lain tidak perlu kepada penjagaan yang banyak, tetapi lidah dijaga dan dipagari oleh 2 anggota lain iaitu gigi dan mulut. Ini menunjukkan betapa bahayanya lidah.



Imam Ghazali pula dalam kitab Ihya’ Ulumiddin membicarakan perihal-perihal kemusnahan yang disebabkan oleh lidah sehingga 79 muka surat (dalam bahasa arab). Ini menunjukkan kepentingan lidah itu dijaga agar tidak menjerumuskan manusia ke lembah neraka.



Fokus hari ini, seperti yang dipesan oleh Imam Ghazali dalam kitab Bidayatul Hidayah, adalah untuk menjaga lidah daripada 8 perkara :



1. Jangan bercakap bohong : Bohong itu bercakap dusta dan merupakan dosa besar. Orang berbohong hilang harga dirinya kerana orang tidak lagi percaya kepadanya.



2. Jangan mungkir janji : Kata Imam Ghazali ,”Usahakan supaya jangan mungkir janji, kerana ia adalah sifat orang munafik.”. Nabi SAW ada bersabda bahawa 3 perkara jika dilakukan akan menjadikan seseorang itu munafik walaupun dia solat dan berbuat baik. 3 perkara itu ialah jika bercakap dia bohong, jika berjanji dia mungkiri, dan jika diamanahkan, dia khianati amanah itu. Oleh itu jangan senang-senang berjanji. Dan jika berjanji, usahakan sedaya upaya untuk memenuhinya.



3. Jangan mengumpat : Ini memang sukar dijauhi dan sudah berleluasa dalam masyarakat sekarang. Apa maksud mengumpat? Berbicara tentang benda yang betul yang mengaibkan seseorang, di belakang orang itu, dan jika orang itu tahu, dia akan marah. Jika kita cerita tentang benda yang tak betul tentang seseorang, itu namanya fitnah. Fitnah itu lebih dasyat bencananya daripada membunuh, dan dosanya lebih besar daripada mengumpat. Jadi kita perlu berhati-hati. Kita sepatutnya menutup keaiban orang lain, supaya Allah juga akan meutup keaiban kita. Jika tidak, Allah akan membuka keabaikan kita dan akan menyediakan lidah-lidah yang lebih tajam untuk mengumpat kita.



Itu hanyalah balasan di dunia, di akhirat nanti akan dibuka keaibannya dan diperlihatkan kepada seluruh manusia. Ada juga orang berkata yang dia tak mengumpat, sekadar tumpang mendengar. Sebenarnya sama saja dosanya, sama ada mengumpat atau mendengar umpatan. Jika terdengar secara tak sengaja, dan kita tak redha, berusahalah untuk menegur, menukar topik perbicangan atau membubarkan kumpulan itu. Jangan pula kita jadi ‘nasi tambah’ dalam sesuatu perbualan mengumpat.



Hasan Al-Basri diberitahu bahawa ada orang mengumpat beliau, lantas beliau mengambil bakul dan mengisinya dengan buah-buahan dan meminta orang yang menyampaikan cerita itu memberi bakul tersebut kepada si pengumpat. Pembawa berita itu pun hairan lalu bertanya sebabnya. Jawab Hasan Al-Basri, “Sesungguhnya dia telah memberikan pahalanya pada saya, jadi ini tanda penghargaan saya padanya.”



4. Jangan berdebat, bertengkar atau suka membantah cakap orang lain : Ini boleh menyebabkan orang lain sakit hati dengan kita. Selalunya kita berdebat berkaitan perkara-perkara peribadi orang yang mungkin tidak benar. Kita berdebat seolah-olah kita sahaja yang benar. Jika berdebat dengan orang yang jahil, dia mungkin akan berdendam pula selepas itu. Jika bertengkar dengan orang yang sabar sekalipun, mungkin akan sampai tahap di mana dia tak mampu sabar lagi hingga boleh menyebabkan bermusuhan pula nanti.



5. Jangan memuji diri-sendiri : Apabila ditanya seorang imam, “Apakah perkara benar yang buruk?” Lalu jawabnya, “Memuji diri sendiri.” Itulah juga yang kita kenali sebagai ‘masuk bakul angkat sendiri’. Kita sendiri pun rasa tidak senang jika ada orang datang dan bercerita membangga-banggakan dirinya sendiri. Semua orang mengharapkan orang sebegini lekas-lekas beredar.



6. Jangan melaknat : Imam Ghazali berpesan supaya jangan melaknat makhluk. Makhluk termasuklah manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan, makanan dan banyak lagi. Nabi SAW sendiri tidak pernah mencela makanan, walaupun tidak sedap. Baginda sendiri ketika makan cuka, walaupun tidak suka, tetap memuji dan mengatakan bahawa cuka itu sedap rasanya.



7. Jangan doakan kecelakaan untuk orang lain. Walaupun kita dizalimi, jangan doakan kecelakaan. Ini kerana ditakuti kecelakaan yang kita minta itu lebih besar daripada kezaliman ynag dilakukan kepada kita. Takut nanti kita pula yang dikira menzalimi orang tadi dan akan dituntut balasannya di akhirat pula. Sepatutnya kita menasihati rakan yang zalim dan mendoakan kebaikan untuk mereka.



8. Jangan mengejek atau memperkecilkan orang lain. Walaupun dengan niat bergurau, lebih elok elakkan, kerana kadang-kadang orang tetap berkecil hati walaupun kita cuma berniat bergurau. Orang lain juga boleh hilang hormat pada kita. Jika kita diejek, cuba usahakan menegur mereka yang berbuat demikian. Jangan kita lawan pula.



Serasanya, dahulu, kebanyakan yang disampaikan adalah dengan lidah. Dahulu, sesuatu yang disampaikan kebanyakannya melalui lidah. Bukanlah saya katakan kita dah kurang guna lidah, tetapi, “lidah alam maya” kini semakin kerap digunakan.



Ya, saya maksudkan dengan bicara kita dialam maya. Apa yang kita tulis melalui twitter dan facebook sebagai contoh adalah “lidah alam maya”, kerana bicara kita itu adalah secara langsung dan pantas. Jari jemari kita kini menjadi “lidah” menaip butir kata untuk interaksi dialam maya.



Berhati-hatilah sahabat-sahabatku. Ini satu peringatan untuk diri sendiri dan mereka yang sudi.



Wallahualam…



Sumber


Terlanjur dengan Suami

13:27 0
Terlanjur dengan Suami melakukan seks ketika dalam idah. Diceraikan suami melalui SMS tanpa pengetahuan isteri. Hukum Perceraian SMS. Apakah sah perceraian kerana mereka telah melakukan seks ketika dalam idah? Rujuk dan Akad Nikah Baru. Pandangan Mazhab mengenai Rujuk semasa dalam tempoh Idah. Extra: Masih Muda Bergetah tapi Kahwin Dengan Lelaki 83 Tahun! Mesti Baca

Terlanjur dengan Suami melakukan seks ketika dalam idah
Gambar Hiasan Google Image

Persoalan Seks  ketika dalam idah

Saya telah diceraikan suami melalui SMS tanpa pengetahuan saya. Dalam masa idah, dia ada beberapa kali bersama (melakukan hubungan seks) dengan saya. Tapi setelah tiga bulan, baru dia berterus-terang yang dia telah menceraikan saya. Kami ke mahkamah dan hakim telah menjatuhkan talak satu pada saya. Apakah sah perceraian kami kerana dia telah melakukan seks dengan saya ketika dalam idah?

Jawapan dan Ulasan oleh Kamaazura Md Kamel

Dalam soalan puan, saya dapat mengenal pasti beberapa isu yang perlu saya kupas.
  1. Adakah perceraian melalui SMS tersebut sah atau tidak? 
  2. Adakah terjadi rujuk dalam tempoh idah?

Hukum Perceraian melalui SMS

Hukum Perceraian melalui SMS ini telah diteliti dan diperhalusi dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal-Ehwal Agama Islam kali ke-55. Hasil daripada muzakarah itu menyatakan seperti berikut:
  • Talak dalam bentuk tulisan yang jelas daripada suami yang ditujukan dengan jelas dan khusus kepada isterinya adalah merupakan talak berbentuk kinayah. Talak dalam bentuk kinayah ini adalah sah jika si suami memang berniat untuk menceraikan isteri. Talak dalam bentuk tulisan ini termasuk melalui faksimili, SMS, emel dan sebagainya.
  • Perceraian melalui cara ini perlu dibawa ke mahkamah syariah untuk disabitkan atau disahkan sama ada telah jatuh talah atau tidak ke atas isteri.
  • Talak yang dilakukan melalui alat komunikasi moden ini adalah kaedah perceraian yang tidak bertempatan dengan adab yang digariskan oleh hukum syarak.

Kembali kepada soalan, puan menyatakan hanya dimaklumkan setelah tiga bulan daripada tarikh suami mentalakkan puan melalui SMS. Tindakan puan membawa kes itu ke mahkamah adalah tepat.

Saya pasti semasa proses pengesahan perceraian, suami puan telah mengaku kepada hakim bahawa dia telah menceraikan puan melalui SMS. Talak melalui SMS ini adalah talak kinayah yang memerlukan niat suami tersebut. Saya pasti mahkamah mensabitkan perceraian itu berdasarkan pengakuan suami bahawa dia memang berniat untuk menceraikan puan melalui SMS tersebut. Oleh itu, perceraian tersebut adalah sah.

Perceraian tersebut adalah tetap sah walaupun sebagaimana yang puan dakwa puan dan suami telah bersama dalam tempoh idah. Mungkin puan agak keliru berkenaan perkara ini. Persetubuhan semasa idah tidak memberi apa-apa kesan kepada perceraian. Perceraian tersebut adalah tetap sah.

Yang menjadi isu adalah adakah terdapat rujuk semasa dalam idah puan? Sekiranya tiada, maka untuk bersama sebagai suami isteri, perlu kepada akad nikah baru. Jika telah disahkan oleh mahkamah terdapat rujuk semasa dalam tempoh idah, maka tidak perlu kepada akad nikah yang baru. Bagaimanapun, haruslah diingat bilangan talak ke atas diri puan sebagaimana yang digariskan oleh hukum syarak telah berkurang kepada dua sahaja.

Pandangan Mazhab Mengenai Rujuk dalam tempoh Idah

Berkenaan rujuk semasa dalam tempoh idah, terdapat beberapa pandangan mazhab mengenai perkara ini. Menurut Mazhab Syafie; syarat rujuk adalah perkataan yang membawa maksud untuk rujuk. Maksudnya, rujuk bagi orang yang boleh bercakap dan tidak bisu adalah melalui perkataan sahaja. Lafaz perkataan ini sama ada secara sarih (terang) atau kinayah (kiasan) yang perlu disertai dengan niat. Lafaz yang terang adalah seperti "Aku telah mengembalikan mu." Lafaz kiasan adalah seperti "Aku telah kahwinkan kamu."

Manakala rujuk melalui perbuatan tidak dikatakan sebagai rujuk di sisi Mazhab Syafie. Rujuk melalui perbuatan ini adalah seperti melakukan persetubuhan dan lain-lain perlakuan yang biasa dilakukan suami isteri.

Menurut Mazhab Hanafi, rujuk adalah melalui perkataan yang terang, perkataan secara kiasan yang perlu kepada niat rujuk dan rujuk juga diterima melalui perbuatan seperti persetubuhan dan sebagainya.

Menurut Mazhab Maliki, rujuk terhasil sama ada melalui perkataan atau perbuatan atau niat. Rujuk melalui niat ini adalah seperti suami hanya berkata dalam hati bahawa "aku merujukinya" atau sebagainya. Bagi Mazhab Maliki, perbuatan atau perkataan tersebut mestilah disertai dengan niat atau rujuk.

Menurut Mazhab Hanbali dan Al-Awaza'i; rujuk adalah melalui perkataan yang terang atau melalui persetubuhan sama ada terdapat niat atau untuk rujuk atau tidak.

Rujuk dan Akad Nikah Baru

Dalam kes ini, puan menyatakan puan dan suami telah bersama dalam tempoh idah. Beberapa perkara perlu dipastikan terlebih dahulu antara puan dan suami:

  • Adakah suami puan ada melafazkan perkataan untuk rujuk?
  • Adakah persetubuhan tersebut berlaku benar-benar dalam kiraan tempoh idah?

Apa yang perlu puan perlu lakukan adalah mendapatkan pengesahan bagi rujuk tersebut. Sekiranya puan berasakan perlu mendapatkan nasihat terperinci, puan dan suami boleh mendapatkan nasihat di pejabat agama Islam dan kawasan puan.

Perkara berkenaan rujuk ini perlu mendapatkan pengesahan dari mahkamah syariah. Puan boleh memfailkan permohonan untuk pengesahan daripada suami puan sendiri sama ada terdapat lafaz untuk rujuk atau tidak semasa dalam tempoh idah.

Menurut Mazhab Syafie, sekiranya tiada lafaz untuk rujuk, tidak dikira sebagai rujuk. Oleh itu, jika suami menyetubuhi isteri semasa dalam tempoh idah dan setelah itu isteri mulai suci dari tarikh persetubuhan tersebut, maka suami perlu merujuki melalui perkataan dalam masa idah yang masih berbaki.

Jika mahkamah memutuskan rujuk tersebut adalah sah, maka perhubungan puan dan suami harus diteruskan tanpa perlu kepada akad nikah yang baru.

Bagaimanapun, jika mahkamah mendapati tiada rujuk dalam tempoh idah tersebut, maka untuk puan dan suami bersama semula dalam perkahwinan adalah wajib kepada akad nikah yang baru.

Nasihat saya, bagi mengelakkan perkara syubahat dan dharar yang lebih besar berlaku, adalah wajar puan tinggal berasingan dengan suami sehinggalah mahkamah memutuskan berkenaan rujuk tersebut.

Sekiranya mahkamah tidak mensabitkan rujuk tersebut, persetubuhan yang berlaku di antara puan dan suami semasa dalam tempoh idah menurut Mazhab Syafie adalah haram.

Namun, ia tidak dikira sebagai zina kerana puan masih dikira sebagai isteri selagi tempoh idah puan belum tamat. Saya berharap penerangan ini dapat memberi panduan pembaca lain. Baca juga Hubungan halal Diana Amir dan Mohd Habib dikritik peminat! Artikel Santai

Ulasan oleh Kamaazura Md Kamel Penulis buku Dari Kamar Syariah


Subhanallah! Lagi Gambar Kubur Jenazah Wanita Bercahaya Ketika Hendak Dikebumikan

04:26 0
Subhanallah! Lagi 5 Gambar Kubur Jenazah Wanita Bercahaya ketika hendak dikebumikan. Fenomena Kubur Bercahaya. Kubur Jenazah Adzlin Lin Halimi Bercahaya. Beberapa Foto Gambar yang mula tersebar di Laman dan Media Sosial ini masih belum pasti kebenarannya. Ada mengatakan ia mungkin juga merujuk kepada Refleksi Cahaya pada penutup papan keranda dan kain kafan yang putih. Namun dari mata kasar dan aspek lainnya memang ada kelainan. Tiada yang mustahil dengan kuasa Allah Maha Esa. Extra: Ulasan Mufti Perak Fenomena Kubur Bercahaya.



Jenazah Allahyarhamah Adzlin Lin Halimi (Haslinatul Adzlin) dikebumikan di Batu 8, Changkat Jering, Taiping selepas asar. Allahyarhamah dari Ipoh, Perak dan meninggal di Hospital KL pada 20.4.2014 jam 8.52am (Ahad) kerana menghidap Breast Cancer dan merebak ke tulang sum-sum serta hatinya. Merupakan ibu tunggal kepada 2 orang anaknya iaitu Aina Sofiya dan Amsyar Zarif yang masih kecil.

Sepanjang hayatnya, arwah sangat tabah menghadapi segala dugaan yang dihadapi dan sewaktu sakaratul maut, beliau berzikir LAAILLAH HAILLALLAH selama hampir 4 jam tanpa henti sebelum subuh sehinggalah ke akhir nafasnya yang berhenti perlahan-lahan.) - Waris Allahyarhamah (Lavamilotabur)

Sebagai umat Islam, semoga kita mendapat sedikit iktibar daripada gambar-gambar ini dan kita doakan Allahyarham ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. -Al-Fatihah











Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Datuk Mohd Yusop Husin memaklumkan pihak Agama Islam Perak setakat ini tidak menerima sebarang laporan mengenai Kejadian atau sebarang Fenomena Kubur Bercahaya. Lagi Gambar Kubur Jenazah Wanita Bercahaya Ketika Hendak Dikebumikan.

(5 Gambar) Kubur Wanita Bercahaya Ketika Dikebumikan

19:20 0
5 Gambar Kubur Wanita Bercahaya Ketika Dikebumikan. Satu keajaiban telah berlaku di Tanah Perkuburan Changkat Jering apabila kubur seorang jenazah wanita yang hendak dikebumikan dikatakan telah bercahaya. Subhanallah! Allah Maha Besar.



Jenazah wanita bernama Haslinatul Adzlin itu berasal dari Taman Seri Dermawan, Ipoh Perak meninggal dunia pada 20 April 2014 lalu berpunca daripada kanser payudara. Malah, gambar-gambar yang dikongsikan oleh turut menunjukkan wajah Allahyarham Haslinatul yang kelihatan tenang, berseri-seri dan seakan senyum selepas dimandi dan dikafankan.

Mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini. Mungkin juga ia adalah ganjaran yang diterima untuk apa yang beliau lakukan ketika hidupnya. Sebagai umat Islam, semoga kita mendapat sedikit iktibar daripada gambar-gambar ini dan kita doakan Allahyarham ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman - Al-Fatihah











Sumber Gambar: Daily Traffic Report (FB Page)

Kenapa Hukum sambutan April Fool adalah Haram

12:36 0
Perihal April yang Bodoh. Hukum sambutan April Fool adalah Haram. Kenapa April Fool diharamkan. Berikut adalah Punca April yang Bodoh diharamkan dalam Islam. Glepor sekadar ulangsiar dari laman sahabat blog. #AprilFool


Setiap kali datangnya bulan baru, ada sesetengah umat islam akan menyambut peristiwa penting di dalam bulan berkenaan tanpa mengetahui halal-haram. Ingatlah, dalam Islam kita tidak digalakan bersuka ria dan ketawa. Kalau senyum pun, tutup sikit mulut dengan tangan tanda bersopan.

Hukum sambutan April Fool

Hukum sambutan perayaan April Fool pada setiap 1 April adalah haram disambut oleh umat islam Malaysia. April Fool merupakan sebuah perayaan dimana individu yang merayakannya wajib melakukan penipuan pada hari tersebut. Ianya jelas bertentangan dengan budaya dan ajaran yang diamalkan oleh Islam. Jakim menerusi laman e-Fatwa turut mengharamkan sambutan April Fool.

Berdasarkan fatwa-fatwa di atas, Budaya April Fool jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menuntut umat Islam sentiasa bersifat jujur.

Kenapa April Fool Diharamkan

Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah. Menipu itu adalah satu kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.
  • Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.
  • Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.

Sangat Dalam dan Amat Luasnya Neraka Jahanam

19:35 0
Tidak tertanggung oleh akal manusia untuk membayangkan bertapa Sangat Dalam dan Amat Luasnya Neraka Jahanam. Allah menciptakan 2 tempat Kekal Abadi untuk manusia setelah kematian di dunia iaitu Neraka dan Syurga. Berapakah keluasan Neraka dan Apakah Kedalaman Neraka yang dijadikan tempat penyiksaan yang memiliki 7 tingkat atau 7 pintu itu. Pada setiap pintu telah ditetapkan untuk golongan tertentu dari para makhluk-Nya. Gerbang Neraka Jahanam dipimpin oleh Malaikat Malik dan di setiap tingkatnya memiliki 19 Malaikat Penyiksa yang bernama Zabaniyah sebagaimana jumlah huruf Basmallah. Bacaan tambahan: Malaikat Zabaniyah digeruni Api Neraka.

Sangat Dalam dan Amat Luasnya Neraka Jahanam
Gambar Hiasan Vision of Hell

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, lindungilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri / suami kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami dan semua orang Islam dari azab seksa api neraka-Mu ya Allah
Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu Ya Allah, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu Ya Allah. Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RahmatMu Ya Allah Amin

Amat Luasnya dan Sangat Dalam Neraka Jahanam

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Rasulullah pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Rasulullah. Mengapa aku melihat kau berubah muka?

Jawabnya: Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa Neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.

Sifat Neraka Jahanam

Lalu Nabi Muhammad saw bersabda:  Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam
Jawabnya: Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu Baju Ahli Neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya. Neraka Jahannam itu Sangat Dalam dan Perhiasannya Besi dan Minumannya Air Panas Campur Nanah dan Pakaiannya Potongan-Potongan Api.

7 Pintu Neraka Jahanam

Api neraka itu ada 7 pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang lelaki dan perempuan.

Nabi s.a.w. bertanya: Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?
Jawabnya: Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda. 
*Huraian kefahaman: iaitu semakin ke bawah maka semakin panas

Siapakah Penghuni di setiap pintu Neraka Jahanam

Tanya Rasulullah s.a.w. Siapakah Penghuni di setiap Pintu Neraka Jahanam?
Jawab Jibrail: Pintu yg terbawah untuk Orang-Orang Munafik, dan Orang yang Kafir setelah diturunkan Hidangan Mukjizat Nabi Isa a.s. serta Keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu Ke Dua Neraka Jahanam tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim
Pintu Ke Tiga Neraka Jahanam tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu Ke Empat Neraka Jahanam tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha
Pintu Ke Lima Neraka Jahanam orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu Ke Enam Neraka Jahanam tempat orang nasara bernama Sa'eir.

Kemudian Jibrail diam kerana segan kepada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya:
Mengapa tidak kau terangkan penduduk Pintu Ke Tujuh Neraka Jahanam?
Jawabnya: Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.

Maka Nabi s.a.w. Jatuh Pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala Nabi Muhammad s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?

Jawabnya: Ya, iaitu orang yg Berdosa Besar dari ummatmu.

Kemudian Rasulullah s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.
Sumber: Kitab Peringatan Bagi Yg Lalai

Dari Hadith Qudsi:
Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

  • Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
  • Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
  • Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
  • Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
  • Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
  • Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
  • Di bawah setiap Pokok Zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
  • Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi Lautan racun yang Hitam pekat.
  • Juga di bawah setiap Pokok Zarqum mempunyai 70,000 rantai
  • Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Sangat Dalam dan Amat Luasnya Neraka Jahanam
Bahan Grafik Gambar Hiasan

10 Orang Mayatnya Tidak Busuk dan Tidak Reput di Hari Qiamat

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila Para Makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya Berdiri Tegak di Kubur masing-masing selama 44 Tahun Umur Akhirat dalam keadaan Tidak Makan dan Tidak Minum, Tidak Duduk dan Tidak Bercakap.

Mengenali Orang  Mukminim di Hari Kiamat

Bertanya orang kepada Rasulullah saw
Bagaimana kita dapat Mengenali Orang  Mukminim kelak di hari qiamat.
Maka jawabnya Rasulullah saw
Umatku dikenali kerana Wajah mereka Putih disebabkan oleh Whuduk. Bila Qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka kecuali pada tempat sujud.

Debu Keimanan Bekas Sujud tidak dihilangkan

Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah Debu Keimanan mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui Titian Siratul Mustaqim dan memasuki Alam Syurga, sehingga setiap orang melihatPara Mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

10 Orang yang Bangkit dalam Tubuh Asal diwaktu Matinya

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa 10 Orang yang Mayatnya Tidak Busuk dan Tidak Reput dan akan Bangkit dalam Tubuh Asal diwaktu matinya.

  1. Para Nabi
  2. Para Ahli Jihad
  3. Para Alim Ulama
  4. Para Syuhada
  5. Para Penghafal Al Quran
  6. Imam atau Pemimpin yang Adil
  7. Tukang Azan
  8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
  9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
  10. Orang yang mati di Siang Hari atau di Malam Jumaat (orang yang beriman)

Malaikat Ridhwan dan Ahli Puasa

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:
Apabila datang Hari Qiamat dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi Wahyu kepada Malaikat Ridhwan.

Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa (Ahli Puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan Syurga

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari Nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan Buahan dan Minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud:
Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan amal yang telah kamu kerjakan pada hari yang telah lalu itu.

Ilmu yang Bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.
Surah Al-Baqarah : 237

Doa Ikan Nun

Laa Ilaha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minalzhaalimiin

5 Dosa yang tidak ada Tebus Nilainya

  1. Syirik terhadap Allah s.w.t.
  2. Membunuh orang tanpa hak
  3. Membuat tuduhan palsu terhadap seorang muslim
  4. Lari dari barisan muslimin dalam peperangan
  5. Sumpah Palsu untuk mengambil hak orang lain

Dosa-Dosa Besar yang Kita Lakukan

  1. Syirik
  2. Derhaka Kepada Ibu Bapa
  3. Membunuh orang tanpa hak

Solat 5 Waktu Sehari Semalam

Ada riwayat Nabi SAW bersabda bahawa Solat itu adalah Perkara Pertama yang akan Dihisab semasa di Akhirat kelak. Jika Baik maka baiklah segala Amalan. Jika Buruk maka Buruklah segala Amalan. Maka Jagalah Solat Itu Ibarat Nyawa Kamu Sendiri.

والله أعلمُ بالـصـواب - Wallahu’alam bissawab - dan Allah lebih mengetahui yang sebenar-benarnya - and Allah knows the right

Dari Abdullah bin 'Amr r.a. Rasulullah S.A.W bersabda Sampaikanlah pesanku Biarpun satu ayat.

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Tuduhan Syirik dan Kurafat Bomoh MH370 (Utaz Azhar Idrus)

00:23 0
Tuduhan Syirik dan Kurafat Ritual Bomoh MH370 (Utaz Azhar Idrus). Isu Raja Bomoh makin Kontroversi. Rakyat Malaysia begitu mudah melontarkan Tuduhan Syirik dan Kurafat. Kenapa JAKIM masih belum menangkap Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin. Mungkinkah status Bomoh VIP menjadikan Tok Moh itu kebal. Berikut Teguran Utaz Azhar Idrus mengenai Isu Bomoh MH370 ini.


Biar kita ada ilmu nak kata Syirik, takut balik pada kita semula
– (UIA) Utaz Azhar Idrus

Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus mempertahankan tindakan ‘Raja Bomoh’ Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin dan menyelar pihak-pihak yang menghukum tindakan itu sebagai syirik dan murtad.

Menurutnya yang lebih dikenali Ustaz Azhar, bomoh atau lebih dikenali sebagai pengamal perubatan traditional tidak semua tindakan itu boleh di anggap haram kerana ada sebahagian daripadanya merupakan sunah nabi Muhammad saw.

"Bomoh (ini) bukan makna syirik. Bomoh bermakna pengamal perubatan tradisional, adakala syirik adakala tak. Kalau dia baca ayat al-Quran tiup di air, suruh mandi (itu pun dikategorikan sebagai) tok bomoh juga, orang tak panggil doktor betul tak? Dah haram tak buat macam tu? Sunnah nabi (saw), baca ayat al-Quran baca Al-Fatihah tiup di air, faham?"

Tindakan Ibrahim yang melakukan ‘ritual’ sebelum ini mendapat kritikan hebat dari masyarakat kerana dianggap telah memalukan negara. Ekoran daripada itu, ramai yang melabelkan tindakan tersebut melanggar hukum yang ditetapkan oleh agama.

Selain, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mufti Perak, Tan Sri Harussani bin Haji Zakaria turut menyifatkan ‘ritual’ Raja Bomoh itu sebagai syirik dan khurafat dan bertentangan dengan ajaran Islam.

Ustaz Azhar turut menjelaskan, sekiranya bacaan dan bahasa yang digunakan tidak difahami, barulah ia boleh dianggap syirik dan khurafat.

"Baca yang pelik-pelik, baru tak boleh! Faham? Jangan gaduh nak tuduh orang syirik"

Walau bagaimanapun, beliau turut mengakui ritual yang dilakukan sebelum ini memang agak memalukan, namun masih boleh dimaafkan.

"Yang tikar terbang tikar terbang lah, tapi jangan kita kata syirik. Kalau benda tu maknanya nakal, memang nakal. Makna bodoh pun boleh tapi jangan tuduh syirik sebab syirik ni dosa yang sangat besar, faham? Biar kita ada ilmu nak kata syirik, takut balik ke kita semula"

Jangan gaduh, dengar dia ada puja tak? dia ada sebut nama jembalang tak? ada bangkitan nama yang mengarut-ngarut tak? kalu macam tu, (tidak) syirik, faham? Orang sekarang dia terus kata syirik, dah dia baca apa? kalau dia baca ayat al-Quran, boleh tak? boleh!
Powered by Blogger.