Subhanallah! Lagi 5 Gambar Kubur Jenazah Wanita Bercahaya ketika hendak dikebumikan. Fenomena Kubur Bercahaya. Kubur Jenazah Adzlin Lin Halimi Bercahaya. Beberapa Foto Gambar yang
mula tersebar di Laman dan Media Sosial ini masih belum pasti
kebenarannya. Ada mengatakan ia mungkin juga merujuk kepada Refleksi
Cahaya pada penutup papan keranda dan kain kafan yang putih. Namun dari
mata kasar dan aspek lainnya memang ada kelainan. Tiada yang mustahil
dengan kuasa Allah Maha Esa. Extra: Ulasan Mufti Perak Fenomena Kubur Bercahaya.
Jenazah Allahyarhamah Adzlin Lin Halimi (Haslinatul Adzlin) dikebumikan di Batu 8, Changkat Jering, Taiping selepas asar. Allahyarhamah dari Ipoh, Perak dan meninggal di Hospital KL pada 20.4.2014 jam 8.52am (Ahad) kerana menghidap Breast Cancer dan merebak ke tulang sum-sum serta hatinya. Merupakan ibu tunggal kepada 2 orang anaknya iaitu Aina Sofiya dan Amsyar Zarif yang masih kecil.
Sepanjang hayatnya, arwah sangat tabah menghadapi segala dugaan yang dihadapi dan sewaktu sakaratul maut, beliau berzikir LAAILLAH HAILLALLAH selama hampir 4 jam tanpa henti sebelum subuh sehinggalah ke akhir nafasnya yang berhenti perlahan-lahan.) - Waris Allahyarhamah (Lavamilotabur)
Sebagai umat Islam, semoga kita mendapat sedikit iktibar daripada gambar-gambar ini dan kita doakan Allahyarham ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. -Al-Fatihah
Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Datuk Mohd Yusop Husin memaklumkan pihak Agama Islam Perak setakat ini tidak menerima sebarang laporan mengenai Kejadian atau sebarang Fenomena Kubur Bercahaya. Lagi Gambar Kubur Jenazah Wanita Bercahaya Ketika Hendak Dikebumikan.
EmoticonEmoticon