Chef Wan Hentam Saudara Pemalas Di Pagi Raya

08:06
Chef Wan Hentam Saudara Pemalas Di Pagi Raya merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Chef Wan Hentam Saudara Pemalas Di Pagi Raya.




Chef Wan bersama-sama cucunya di hari raya.
Chef Wan bersama-sama cucunya di hari raya.
KEBIASAANNYA dalam saudara-mara pasti ada satu dua orang yang berat tulang nak membantu dalam melancarkan proses persiapan menyambut hari lebaran.
Nak kena disuruh, barulah bergerak kerjanya.
Rupa-rupanya bukan orang biasa je mengalami perkara sebegini, chef selebriti terkenal, Chef Wan turut terpalit sama dengan masalah sebegitu rupa.
Baru-baru ini, Chef Wan menghamburkan kekesalannya dengan sikap sesetengah saudara maranya yang berat tulang nak membantu selain tidur membuta di pagi hari raya.
Kekesalan itu diluahkan menerusi satu entri di laman Instagram beliau yang mana Chef Wan memuat naik foto anak buahnya yang masih tidur di pagi raya sedangkan sudah pukul 9 pagi.
chef wan1
“By 9AM dah tak tahan lagi mula la mulut saya mengharuk satu rumah which like a yearly affair. Bangun bangun rasa nak sepak sepak sahaja manusia yang malas ini dari membuta sehingga matahari tu suluh ke jubur.”
“Ada yang tak mandi lagi dah mengadap TV pagi buta tergolek macam ikan buntal dah tak laku.
“I told my mother loud and clear and menyindir (tetapi) faham ke muka muka tebal yang tak tahu malu ni. Rumah ni bukan hotel ada barua to run around to feed some of them 3 meals a day!
“I am sure I am not the only one in Malaysia facing this issue with all this lazy and useless people. They are like parasite in our life. As far as I am concern mampus kau org la tak suka aku pun yang salah tetap salah. Ubah la sikap pemalas tu!”, luah chef nombor satu negara itu.
Ada betulnya teguran Chef Wan tu, kalau dah bermalam di rumah orang walaupun saudara sendiri, kita kenalah pandai-pandai bawa diri. Janganlah pula tidur macam kat rumah sendiri.
Kan dah kena sound dengan Chef Wan.
Tapi ada juga yang berpendapat Chef Wan tidak sepatutnya memuat naik entri sebegini kerana beliau boleh sahaja bercakap direct kepada saudara maranya daripada memalukan mereka sedemikan rupa.
Buat anda yang ada habit berat tulang dan lambat bangun pagi tu, baik ubah segera sikap, kang tak pasal-pasal saudara anda pula muat naik entri yang sama dalam media sosial mereka. Opsss.. – MYNEWSHUB.CC
Chef Wan ‘mengamuk’ resepi tradisional dipermainkan

Sumber: mynewshub

#Infokini di Chef Wan Hentam Saudara Pemalas Di Pagi Raya

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.