2 Gambar Sweet Pernikahan Chad Hot FM dan Haris Klangit

08:25
2 Gambar Sweet Pernikahan Chad Hot FM dan Haris Klangit




Penyampai radio Hot FM, Chad atau nama sebenarnya Nur Shazrena Abd Rahim, sah bergelar isteri kepada gitaris kumpulan Klangit, Mohd Haris Muhamad. Pasangan ini telah selamat diijabkabulkan dalam satu majlis indah di kediaman Chad yang terletak di Telok Mas, Melaka pada malam Jumaat.



Berwalikan bapa Chad, Abd Rahim Haji Abdullah, pasangan ini selamat dinikahkan dengan dua kali lafaz oleh Imam 1 Masjid Telok Mas, Ustaz Haji Zaidan Haji Bahar, tepat jam 9.41 malam dengan mas kahwin RM100 dan hantaran berjumlah RM20,000.



Mantan pengacara rancangan 'Muzik Muzik' itu kelihatan anggun jelita mengenakan busana rona putih manakala pengantin lelaki kelihatan segak dalam persalinan rona sedondon. Sebelum itu, majlis dimulakan dengan khutbah nikah daripada Ustaz Haji Zaidan.






Sebanyak lima dulang hantaran diberikan oleh pihak pengantin lelaki kepada pengantin perempuan yang berupa tas tangan, kek, jam tangan, sirih junjung dan sepersalinan telekung bersama sejadah. Manakala pengantin perempuan membalas dengan tujuh dulang berupa jam tangan, buah-buahan, coklat manisan, kasut, sirih junjung, sejadah dan sepersalin baju.



Majlis akad nikah yang dihadiri oleh kira-kira 100 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga, sanak saudara dan rakan-rakan. Majlis resepsi pasangan ini bakal berlangsung di kediaman Chad pada hari ini (Sabtu, 10 Mei 2014).



Chad dan Haris mengikat tali pertunangan pada tanggal 18 Ogos 2013.







Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.