Sharnaaz Ahmad: Filem Sekarang Banyak Yang Sampah

05:57
Sharnaaz Ahmad: Filem Sekarang Banyak Yang Sampah merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Sharnaaz Ahmad: Filem Sekarang Banyak Yang Sampah.



Pelakon Sharnaaz Ahmad yang terkenal dengan sikap jujur dan berterus terangnya sekali lagi tampil memberi pandangan mengenai perkembangan filem di negara ini yang disifatkan sebagai sampah.


“Banyak filem yang rubbish,” kata Sharnaaz menyuarakan isi hatinya kepada media baru-baru ini namun mengecualikan pengarah seperti Datin Paduka Shuhaimi Baba, Bade Haji Azmi dan beberapa lagi.


Menurut Sharnaaz, apa yang dikatakannya itu bukanlah bererti dia tidak mahu langsung terlibat dengan bidang lakonan namun akan lebih teliti dalam memilih karya dan juga skrip yang berkualiti.


Selain itu, pelakon yang turut bercita-cita untuk berlakon di dalam produksi Hollywood ini juga menyuarakan pendapat mengenai lambakan drama bersiri yang ditayangkan di televisyen ketika ini adalah bermula daripada novel.


“Negara kita banyak penulis skrip drama yang baik. Kalau asyik angkat novel sahaja, bagaimana nasib mereka? Bukan tak boleh novel dijadikan drama bersiri, sebaliknya biarlah balance. Saya pun tidak menolak selama-lamanya berlakon drama daripada novel,” katanya kepada Mangga Online.




#Panas di Sharnaaz Ahmad: Filem Sekarang Banyak Yang Sampah

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.