Pelajar Nyaris Diculik

06:56
Pelajar Nyaris Diculik merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Pelajar Nyaris Diculik.



JOHOR BAHRU - Seorang pelajar lelaki sekolah rendah hampir diculik oleh seorang lelaki di luar sekolah selepas tamat sesi persekolahan.


“Seorang lelaki memegang beg sekolah dan meminta wang daripada anak saya, mujur ada rakan sekolahnya menjerit sebelum suspek melarikan diri,” kata ibu pelajar terbabit, Chee Meng Heong, 41.


Ezekiel, 10, didatangi oleh seorang lelaki ketika sedang menunggu ibunya di luar sekolah setelah tamatnya sesi persekolahan SJKC di Taman Johor Jaya, jam 12.50 tengah hari, Isnin lalu.


Chee Meng Heong yang hanya terlewat kira-kira 15 minit dari kebiasaannya hanya menyedari kejadian itu berlaku selepas anaknya membuka mulut menceritakan pengalaman yang nyaris diculik lelaki yang tidak dikenali itu.


“Lelaki terbabit mendakwa saya menyuruhnya untuk membawa pulang anak saya ke rumah sambil tangannya memegang beg Ezekiel.


“Ezekiel terdiam dan tidak menjawab pertanyaan lelaki terbabit berikutan dia mengingati pesanan supaya tidak mengikuti mana-mana individu tidak dikenali selain ahli keluarga,” katanya.


Bagaimanapun, rakan mangsa yang melihat insiden itu menjerit menyebabkan lelaki yang tidak dikenali itu melarikan diri.



sumber #Panas di Pelajar Nyaris Diculik

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.