PERAGUT HAMPIR PUTUS TELINGA PERAGUT HAMPIR PUTUS TELINGA - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di PERAGUT HAMPIR PUTUS TELINGA harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
KOTA BAHARU – Tindakan meragut seorang wanita membawa padah kepada dua lelaki apabila bukan hanya ditangkap malah seorang daripadanya hampir putus telinga kiri selepas dibelasah orang awam dalam kejadian di Kampung Tanjung Chat di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Rohaimi Md Isa berkata dalam insiden kira-kira pukul 7 malam itu, mangsa, seorang wanita berusia 50 tahun, berada berhampiran pintu pagar hadapan rumahnya.
Beliau berkata kedua-dua suspek dikatakan meninggalkan motosikal mereka di tepi jalan berdekatan sebelum seorang daripada mereka mendekati dan meragut beg mangsa.
“Anak lelaki dan seorang saudara mangsa cuba membantu selepas melihat kejadian itu tetapi seorang lagi suspek membawa sebatang kayu dan memukul mereka,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu hari ini.
Rohaimi berkata dalam keadaan tegang itu, kedua-dua suspek melarikan diri dengan motosikal namun hampir sejam kemudian berjaya ditangkap orang ramai 200 meter dari tempat kejadian.
Menurut Rohaimi, seorang daripada suspek yang cedera parah di telinga kiri dan pipi dipercayai kesan hirisan benda tajam, dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II dan dilaporkan stabil manakala seorang lagi suspek cedera ringan dan ditahan untuk siasatan.
“Hasil siasatan menunjukkan kedua-dua suspek berusia 30-an yang berasal dari Wakaf Baharu, Tumpat itu mempunyai rekod kesalahan lampau berhubung kes dadah dan mendatangkan kecederaan,” katanya sambil menambah motosikal yang digunakan adalah kenderaan curi.
Beliau berkata setakat ini, polis masih cuba mengesan beg tangan yang dicuri yang dikatakan mengandungi wang tunai RM1,000, buku bank dan barangan berharga.
Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang awam supaya tidak melakukan kekerasan kepada mana-mana suspek kes jenayah tetapi menyerahkannya kepada pihak polis.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Entri #Harian dalam dan luar Dunia. Bookmark PERAGUT HAMPIR PUTUS TELINGA and get update.
PERAGUT HAMPIR PUTUS TELINGA

Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal PERAGUT HAMPIR PUTUS TELINGA. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Entri #Harian dalam dan luar Dunia. Bookmark PERAGUT HAMPIR PUTUS TELINGA and get update.
EmoticonEmoticon