Sanggup Beratur Semalaman Untuk Beli Tudung Baru Nourra Fareeda
Bayangkan butik tudung Fareeda hanya dibuka pukul 11 pagi namun pembeli sudah mula beratur di depan butik sejak pukul 6 petang semalam.
Malah nombor giliran pelanggan pula dibuka pada pukul 8 pagi dan ia kehabisan menjelang pukul 11.30 pagi kerana nombor telah melebihi 1,000 orang.
Begitulah fenomena yang sering berlaku apabila Fareeda Global Resources (Fareeda) mengeluarkan tudung terbaharunya.
Hari ini, Fareeda sekali lagi tampil memperkenalkan koleksi tudungnya yang ke-20 yang diberi nama Nourra.
Pengarah Fareeda, Mawar Abdul Karim berkata, Nourra diperkenalkan dua lebih awal menjelang bulan Ramadan bagi membolehkan kaum wanita membuat persiapan Hari Raya lebih awal.
"Kami ingin memberi keselesaan kepada pembeli kami agar dapat membeli tudung Fareeda lebih awal untuk disuai padan dengan baju raya nanti.
"Justeru, mereka tidak perlu menunggu di saat akhir untuk membuat persiapan Hari Raya dan boleh berbelanja dengan berhemah," katanya.
Mawar ditemui di butik tudung Fareeda di Bangi hari ini yang menyaksikan orang ramai beratur panjang untuk menunggu giliran masuk ke dalam butik.
Beliau yang juga isteri kepada pelakon Fizo Omar memberitahu, tudung Nourra dijual pada harga istimewa hari ini iaitu RM130 sebelum meningkat ke RM150 bermula esok sehingga bulan Ramadan nanti.
"Untuk hari ini sahaja kami hanya mengeluarkan edisi terhad sekitar 3,000 helai.
"Bagaimanapun sambutan yang diterima sangat menggalakkan kerana nombor giliran telah melebihi 1,000 orang dan pembeli mula beratur sejak pukul 6 petang semalam," katanya.
Mawar berkata, tudung Nourra menampilkan gabungan dua lapisan bersama selendang yang didatangkan bersama kerongsang berlian.
Katanya, kain Nourra diimport dari luar negara bagi memberi keselesaan kepada pembeli agar tidak panas memakainya.
Selain itu katanya, tudung itu tampil dalam pilihan dua dan tiga warna dan rekaannya telah dipatenkan secara sah dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
Sumber

EmoticonEmoticon