Abby Tuntut Puluhan Ribu Ringgit Miliknya Daripada Farhan Abby Abadi dan bekas suaminya Farhan
AWAL bulan lalu, kami pernah menyiarkan artikel bertajuk ‘Abby Abadi Lagi…Ditegur Peminat Dedah Cerita Bekas Suami’.
Ia berkisarkan mengenai ‘amaran’ pelakon itu kepada bekas suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, kerana belum melunaskan perkara yang dituntutnya.
Rupa-rupanya, tuntutan itu melibatkan wang yang mencecah puluhan ribu ringgit milik Abby yang belum dipulangkan oleh Farhan.
Perkara itu didedahkan menerusi laporan Harian Metro, semalam.
Menurut Abby, sejak bercerai pada 11 Jun lalu, Farhan terus lenyap dan gagal dihubungi.
Dek kerana itu, dia telah membuat laporan polis pada 25 Ogos lalu di Balai Polis Taman Melawati untuk tindakan selanjutnya.
“Janji-janji daripada dia kononnya untuk lunaskan wang itu daripada sebelum bulan puasa sampai bawa ke hari raya lalu langsung tidak ditunaikan.
“Sekarang dah lama raya habis dia masih berdiam diri.
“Saya harap tindakan undang-undang ini akan memberi pengajaran kepadanya yang bersikap lepas tangan selama ini,” katanya.
MYNEWSHUB.CC

EmoticonEmoticon