Cara Solat Taubat Yang Ringkas. Kalau Zina, Taubat Nasuha!

23:28
Cara Solat Taubat Yang Ringkas. Kalau Zina, Taubat Nasuha!




Cara Solat Taubat



Tahniah kerana anda sedang membaca artikel ini. Orang yang klik perkara baik seperti ini, mudah-mudahan diberikan hidayah oleh Allah untuk menjadi lebih baik. Bayangkan, dari banyak-banyak artikel di Internet ini, anda tergerak untuk membaca tentang cara solat taubat. Bukankah itu satu petanda baik? Bukankah Allah sedang ingin membantu kita? Tidak dapat dinafikan, sebagai manusia, kita sememangnya selalu melakukan kesilapan. Namun, Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.



Jika dikenang dosa yang lalu, rasa kerdilnya diri kita di sisi Allah. Ada yang pernah melanggan pelacur. Ada yang berdua-duaan sebelum kahwin. Ada yang bersekedudukan dengan suami orang. Ada yang pernah bersama isteri orang. Ada yang pernah gugurkan kandungan. Ada yang menyesal melakukan zina berulang-ulang kali.



Ada pula yang sesal kerana kurang ajar dengan ibu-bapa, yang kini mungkin sudah meninggal dunia. Ada yang berantakan kerana harta peninggalan dan putus saudara. Ada yang minum arak dan sesal dengan perbuatan semasa muda dahulu. Ada isteri yang menipu suami. Ada suami yang sanggup berdusta dengan isteri. Ada rakan sekerja yang sanggup tikam belakang dan memburukkan rakan lain. Terlalu banyak jika mahu disenaraikan disini.



Tidak kira apa sahaja dosa yang kita lakukan, samada kecil atau besar, mohonlah keampunan dari Allah.



Sila rujuk gambar di bawah yang diperolehi dari JAKIM. Boleh download keseluruhan panduan Qiamullail dari JAKIM dalam bentuk PDF di sini.


















Sembahyang Sunat Taubat



Sembahyang sunat Taubat bererti sembahyang memohon keampunan dan taubat Nasuha daripada Allah SWT Sembahyang ini dilakukan sebanyak dua rakaat. Asas sembahyang ini ialah:






  1. Menyesal di atas segala perbuatan dosa yang dilakukan.

  2. Menyucikan diri daripada perbuatan dosa dan berhenti daripada melakukan maksiat serta meminta ampun di atas apa yang telah dilakukan daripada Allah SWT, memohon maaf kepada manusia terhadap dosa yang berkaitan dengan harta benda, maruah dan jiwa. Mengqadhakan segala apa yang telah terluput seperti amalan-amalan sembahyang, puasa dan lain-lain sekadar yang termampu.

  3. Berazam tidak akan melakukan lagi segala perbuatan tersebut serta menjauhkannya.






Sumber: SirapLimau






Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.