Bunuh diri kerana gagal tonton filem Spiderman
Jakarta: Seorang kanak-kanak lelaki, Valentino, lima, membunuh diri selepas gagal mendapat kebenaran ibu bapanya untuk menonton filem adiwira terbaru, Spiderman di pawagam.
Mangsa melompat dari tingkat 19 menerusi tingkap rumahnya di sebuah apartmen di ibu negara Indonesia ini.
Ibu bapanya yang mengetahui mengenai kejadian itu bergegas turun ke bawah dan membawa mangsa ke hospital berdekatan untuk menyelamatkannya, namun gagal.
Murid tadika itu disahkan mati sebelum sampai di Hospital Pluit, utara Jakarta lapor Kompas.com semalam.
KANAK-KANAK ...Mudah terpengaruh dengan aksi superhero seperti ini...
Ketua polis daerah, Suyudi, memetik kenyataan ibu mangsa, Valentino mulanya meminta kebenaran untuk menonton filem Spiderman yang ditayangkan di pawagam.
Dia bagaimanapun tidak memberi kebenaran kerana sedang menjaga adiknya yang sakit.
“Selepas permintaannya ditolak, mangsa lari ke dalam bilik dan mengunci dirinya dari dalam.
Ibu mangsa cuba membuka pintu apabila mendengar sesuatu - anaknya terjun menerusi tingkap,” katanya.
Mayat Valention dihantar ke sebuah hospital di Jakarta untuk siasatan lanjut.
Sumber

EmoticonEmoticon