Shahirah dakwa MH370 Tidak Terhempas

23:38
Siapakah Shahiran ini. FBI atau CIA kah beliau. Mungkin kenalan rapat Tok Moh VIP. Shahirah Dakwa MH370 Tidak Terhempas malah pesawat, anak kapal dan semua penumpang MH370 kini berada di Monggolia. Rasanya pernah dibangkitkan pada entri Pesawat MH370 di Mongolia oleh Badigol Soot beberapa hari setelah MH370 dilaporkan hilang dahulu.

Shahirah dakwa MH370 Tidak Terhempas

Seseorang bernama SHAHIRAH SHAMSUDIN dakwa Pesawat MH370 tidak terhempas. Seorang pemilik akaun Facebook Shahirah Shamsudin mendakwa pesawat MH370 yang disahkan berakhir di Selatan Lautan Hindi tidak terhempas tetapi kini dikatakan sedang ditahan di Mongolia. Mungkin beliau turut terlibat dalam operasi SAR sejak dua minggu lalu.

Benarkah Pesawat MH370 di Mongolia seperti dakwaan Shahirah ini? Lebih menarik, beliau turut mendakwa hanya orang-orang tertentu sahaja diberitahukan tentang rahsia tersebut termasuk dirinya. Adakah kenyataan ini juga satu lagi teori tentang tragedi kehilangan pesawat MH370? Macam-macam andaian pula disebarkan di laman sosial sejak akhir-akhir ini.


Spekulasi MH370 Berputar bagai Roda Ketabahan Hati dan Kekuatan Metal Keluarga mangsa Pesawat MH370 amat saya kagumi. Tidak calang-calang orangnya untuk diduga dengan ujian sebegini.


Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.