Raja Bomoh Bersimbolik dan Buat Hal Lagi! Kecoh Video Ritual Seru Mayat Untuk Timbul dari dasar air. Kontroversi Bomoh MH370 Semakin menjadi-jadi. Astaghfirullahalazim, Video Raja Bomoh Seru Mayat. Kali ini Bomoh VIP Ibrahim Mat Zin dan pengikutnya mengadakan satu Upacara Menyeru Mayat para penumpang MH370 yang hilang di Lautan Hindi agar timbul.
Semoga rakyat Malaysia tidak terpengaruh dengan perbuatan tersebut dan teruskan berdoa agar penumpang dan anak kapal yang hilang dilindungi dengan izin dan rahmat dari Allah. Walaupun Malaysia seakan membenarkan ritual-ritual dan upacara Bomoh tersebut, itu tidak bermaksud ia dibenarkan Islam. Jangan salahkan Kerajaan, kerana Kekuatan Iman dan Keteguhan Agama itu ada dalam diri kita sendiri. Ritual-ritual aneh seperti ini walaupun sebagai simbolik, namun boleh menimbulkan fitnah dan ia menyimpang dari syariat Islam.
Bagan Datoh, walaupun dikecam dan dihina oleh sebilangan besar masyarakat, Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin tetap meneruskan ritual dengan caranya yang tersendiri kononnya untuk membantu usaha mencari pesawat MH370 yang hilang secara misteri.
Terbaru Ibrahim Zain bersama para pengikutnya melakukan satu upacara khas bagi menyeru mayat para penumpang yang dipercayai hilang di Lautan Hindi agar timbul bagi memudahkan usaha mencari yang dijalankan oleh pihak kerajaan dengan dibantu oleh beberapa buah negara asing.
Ritual Seru Mayat Untuk Timbul itu dilakukan ekoran dari pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak Isnin lalu yang mengesahkan bahawa pesawat MH370 yang tidak dapat dikesan sejak 8 Mac lalu hilang di Lautan Hindi.
Dalam sidang media tergempar yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini Perdana Menteri berkata, maklumat tersebut diperoleh dari data terbaru yang dianalisis oleh Inmarsat, syarikat United Kingdom yang menyediakan data satelit dan Air Accidents Investigation Branch (AAIB).
Menurut firasat saya, pesawat tersebut telah terjatuh di dalam Lautan Hindi. Lautan Hindi adalah antara yang paling dalam di dunia dan sudah pasti akan menyukarkan usaha mencari mayat para penumpang yang terlibat.
Video Ritual Seru Mayat oleh Bomoh VIP Ibrahim Mat Zin
Raja Bomoh Bersimbolik Lagi! Video Ritual Seru Mayat
Upacara Menyeru Mayat dan sebagai Simbolik, Ibrahim menggunakan
teropong, kerantung kayu dan buluh runcing. Upacara yang dilakukan ini
adalah bertujuan untuk menyeru dan berdoa kepada Allah agar mayat mereka
timbul ke permukaan. Insyallah dengan izin tuhan ia akan timbul.
Upacara
pada kali ini, Datuk Moh menggunakan teropong untuk menjejaki kawasan
terhempas, kerantung kayu bagi menyeru mayat para penumpang dan buluh
runcing bagi menarik mangsa. Seterusnya kita melaungkan azan dan berdoa
agar usaha yang dilakukan ini diperkenankan oleh Allah
EmoticonEmoticon