Mengalami Sakit & Pendarahan Faraj Setiap Kali Hubungan Seks, Adakah Tanda Barah Pangkal Rahim? merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Mengalami Sakit & Pendarahan Faraj Setiap Kali Hubungan Seks, Adakah Tanda Barah Pangkal Rahim?.
#Panas di Mengalami Sakit & Pendarahan Faraj Setiap Kali Hubungan Seks, Adakah Tanda Barah Pangkal Rahim?
Mengalami Sakit & Pendarahan Faraj Setiap Kali Hubungan Seks, Adakah Tanda Barah Pangkal Rahim?|Pendarahan faraj dan ketidakselesaan selepas hubungan seks boleh menjadi petanda barah pangkal rahim. Walaubagaimanapun, pada 28 tahun risiko untuk mendapat barah serviks agak rendah tetapi ia bergantung kepada bila anda mula melakukan hubungan seks.
Dalam kes ini anda sudah berkahwin selama 1 tahun jadi kemungkinan ia bukan gejala barah kerana sel sel serviks mengambil masa bertahun tahun lamanya untuk bertukar menjadi sel kanser.
Jangkitan HPV adalah penyebab kepada barah serviks dan jangkitan ini disebar melalui hubungan seks. Ia mengambil purata 6 tahun dari masa jangkitan HPV untuk menjadi barah sebenar.
Selain dari barah serviks, terdapat beberapa masalah yang boleh memberikan pendarahan selepas hubungan seks seperti:
Jangkitan Kelamin:
Chlamydia dan gonorea adalah dua penyakit kelamin boleh menyebabkan pendarahan faraj selepas seks. Apabila tidak dirawat, chlamydia boleh menjejaskan kesuburan anda dengan merosakan sistem peranakan anda.
Gonorrhea juga boleh merebak ke tiub fallopio jika tidak dirawat. Trichomoniasis merupakan satu lagi penyakit kelamin yang boleh menyebabkan pendarahan faraj.
Vaginitis : Radang faraj atau serviks juga boleh menyebabkan pendarahan semasa dan selepas seks. Vaginitis kerap terjadi di-kalangan wanita dan ia boleh disebabkan jangkitan bakteria, virus, kulat dan reaksi alahan pada ubta atau makanan. Gejala-gejala yang kerap tejadi termasuk rasa gatal, keputihan, sakit ketika membuang air kecil, dan rasa perit pada faraj.
Polip pada serviks :Polip serviks ( endocervical polyp) adalah ketumbuhan bukan kanser pada pangkal rahim (serviks) atau liang pangkal rahim. Pendarahan faraj selepas adalah di antara gejala yang kerap terjadi.
Polip pada endometrium: Polip endometrium adalah ketumbuhan benign pada endometrium, lapisan rahim. Pendarahan faraj antara haid adalah gejala yang paling biasa, tetapi sesetengah wanita dengan polip rahim mengalami pendarahan selepas seks.
Fibroid: Fibroid adalah satu ketumbuhan yang membesar di dalam rahim. Gejala yang kerap terjadi termasuk haid yang banyak dan sengugut. Segelintir mengalami pendarahan selepas seks.
Apa yang anda perlu buat?
Setiap pendarahan selepas seks adalah tidak normal dan perlukan pemeriksaan segera dari doktor. Rawatan bergantung sepenuhnya kepada sebab terjadinya pendarahan tersebut.
Pemeriksaan faraj, ujian pap dan imbasan ultrasounds amat penting untuk memastikan anda tiada masalah serius seperti kanser seviks. Jumpa doktor anda hari ini.
EmoticonEmoticon