(VIDEO) Perlukah Hal Dlm Kelambu Dibicarakan Secara Terbuka Di TV? VIDEO yang ingin kami hidangkan ini memang sedikit sebanyak kedengaran sangat terbuka apabila memperkatakan mengenai hal dalam kelambu yang sememangnya menjadi taboo untuk dibualkan secara terbuka.
Memang apa yang dikongsikan itu adalah bagus untuk kesihatan dalaman serta organ reproduktif tetapi apabila sudah terlalu terperinci diterangkan pula pada siang hari menerusi siaran tv tak berbayar, memang kelihatan serba tak kena.
Pada minit 2.30, pengusaha produk kesihatan dalaman tersebut menjelaskan dengan penuh "detail" bagaimana produknya berfungsi termasuk dengan demo-demo sekali hah.
Antara penerangannya,
“Faraj ada titik ransangan dalamnya, yang dipanggil makam terutamanya di bahagian dinding faraj yang dipanggil makam meriam, sekiranya saiz lelaki itu kecil sangat ataupun terlalu pendek, ianya tak dapat mencapai titik-titik ransangan terutamanya makam meriam itu sendiri”
Ha, ambik ko, panjang lebar punya penerangan tu..
Tak semua orang terbuka mengenai perkara ini.. diharapkan selepas ini pihak TV3 akan lebih berhati-hati dalam kandungan program siarannya agar perkara sebegini tidak lagi berulang di kemudian hari.
Kang tak pasal-pasal kanak-kanak atau remaja yang masih bersekolah menonton siaran tersebut, terdetik di hati nak try semua benda yang dipromosikan, kang naya tu.. Aduh, tak pasal-pasal je. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: AUDREY LEE
EmoticonEmoticon