'SAYA MINTA MAAF, USAH CACI MAKI AZWAN ALI'

21:28
'SAYA MINTA MAAF, USAH CACI MAKI AZWAN ALI' merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri 'SAYA MINTA MAAF, USAH CACI MAKI AZWAN ALI'. Susulan tindakan Azwan Ali memaki hamun followernya berkenaan kes 'Menate', kerana salah faham dengan jawapan gadis itu, pemilik Me'nate Steak Hub, Mustaffa Othman, tampil mengeluarkan kenyataan bagi meredakan isu itu.

Walaupun tidak bersalah dalam hal ini, dia yang lebih selesa dengan panggilan Pak Mus, turut memohon maaf kepada Azwan Ali serta meminta netizen tidak melemparkan kata-kata kesat terhadap selebriti berkenaan.







Baca kenyataan Pak Mus di bawah:

Bismillah'Hir'Rahman'Nir'Rahim

Atas apa sebab sekalipun, mana mungkin manusia mampu untuk membahagiakan seluruh makhluk Allah yang bergelar manusia. Tetapi kita perlu ingat bahawa kita mampu mendoakan kebahagiaan seluruh makhluk Allah.

Yang keruh, kita jernihkan. Yang silap, kita maafkan. Yang kusut, kita leraikan. Yang hitam, kita putihkan. Yang tumbang, kita tegakkan. Yang bercakaran, kita amankan. Yang buruk, kita baikkan.

Saya merayu dan memohon dengan ikhlas atas lafaz saya "Lillah'Hi'Taala" memohon kemaafan pada sesiapa sahaja seandainya apa jua kekhilafan saya dalam menjalani kehidupan seharian saya baik dalam persahabatan dan perniagaan.

Saya memohon dan merayu agar berilah ruang untuk saya memperbaiki segala kesilapan saya mungkin atas perlakuan saya menyebabkan ada yang tersalah anggap di antara satu insan lain pada yang lain. Harap dapat kiranya kita saling maaf bermaafan di antara kita.

Untuk saudara Azwan Ali dan Cik Nur Azira Wazi Azman, saya khususnya memohon jutaan maaf dari kamu berdua, juga pada seluruh warga maya yang secara tidak langsung yang telah menghamburkan segala kata-kata kesat kepada saudara Azwan Ali dan Cik Nur Azira Wazi Azman.

Saya memohon kemaafan pada semua, juga menyeru seluruh warga maya agar menghentikan segala kata-kata serta cacian demi kebaikkan semua.

Doa saya buat kalian semua, semoga Allah memberkati hidup kita semua, dipanjangkan umur, disihatkan tubuh badan, dipermudahkan segala urusan kita dunia Wal Akhiroh, Ameen Ameen AllahHumma Ameen. - CHEF MUSTAFFA OTHMAN

Lihat, betapa tenang dan profesionalnya sikap seorang lelaki budiman yang pernah menjadi tukang masa untuk Queen Elizabeth di Buckingham Palace ini. Sesungguhnya, tinggi kesabaran seseorang itu apabila dia sanggup meminta maaf walaupun tidak bersalah.

Namun, sehingga ke hari ini, Azwan Ali atau Diva AA ini masih belum tergerak hati untuk memohon maaf kepada Nur Azira. Sebaliknya, Me'Nate Steak Hub pula yang dimaki dan dihinanya menjual daging khinzir.

Apalah susah sangat nak memohon maaf terhadap kesilapan yang dilakukan. Tiada malunya untuk meminta maaf, sebaliknya tindakan mengakui kesilapan diri itu adalah sifat yang terpuji dan positif.

Kami doakan agar Allah melembutkan hati Azwan Ali untuk berubah dan meminta maaf kepada pihak berkenaan

Sumber: mediaberat66
#Infokini di 'SAYA MINTA MAAF, USAH CACI MAKI AZWAN ALI'

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.