Video Pemandu Kereta Maut Tercampak Dari Kereta Elak Motosikal.

23:45
Video Pemandu Kereta Maut Tercampak Dari Kereta Elak Motosikal. merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Video Pemandu Kereta Maut Tercampak Dari Kereta Elak Motosikal..

Miri: Tindakan seorang pemandu kereta mengelak motosikal menukar laluan secara mengejut berakhir dengan tragedi apabila dia maut dalam kemalangan di Jalan Luak, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian 8.10 pagi itu, mangsa, S’ng Yee Siong, 28, dari Tukau di sini, yang memandu Proton Saga, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Sumber berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari arah Bintulu ke Miri sebelum dikejutkan dengan kehadiran sebuah motosikal cuba menukar laluan ke lorong kiri jalan.

Menurutnya, mangsa yang berada di lorong itu cuba mengelak motosikal hingga mengakibatkan kereta dipandunya hilang kawalan.

“Kenderaan dipandu mangsa bergesel dengan tembok jambatan sebelum merempuh penghadang jalan.

“Rempuhan kuat mengakibatkan mangsa tercampak keluar dari kenderaannya dan disahkan maut di tempat kejadian berikutan kecederaan di kepala,” katanya.


Katanya, kejadian itu juga turut dirakam kamera pada sebuah kereta yang dipandu dari arah sama.

Sementara itu, Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak Deputi Superintendan Alexson Naga ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik dan mayatnya dihantar ke Hospital Miri di sini untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya. “Kes akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.


Harian Metro
loading...
wartawan jalanan

Share this

Related Posts

#Panas di Video Pemandu Kereta Maut Tercampak Dari Kereta Elak Motosikal.

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.