HINA AIDILFITRI : MP DAP Dipanggil Bukit Aman!!!

23:45
HINA AIDILFITRI : MP DAP Dipanggil Bukit Aman!!! merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri HINA AIDILFITRI : MP DAP Dipanggil Bukit Aman!!!.
Selepas beberapa laporan polis dibuat, Ahli Parlimen DAP Taiping, Nga Kor Ming akan hadir ke Bukit Aman pada Isnin depan bagi membantu siasatan ke atas dirinya berhubung karikatur menghina sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dimuat naik di laman Facebook.
Kor Ming mengakui dipanggil ke Bukit Aman bagi membantu siasatan dan merayu supaya isu membabitkan akaun Facebooknya tidak dipanjangkan.
“Demi membantu siasatan polis, saya akan hadir ke Ibu Pejabat Polis di Bukit Aman minggu depan, jadi tak perlu panjangkan perkara ini, hormati siasatan polis,” katanya kepada media selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, pada Rabu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini memaklumkan, polis menerima beberapa laporan polis terhadap entri Facebook Kor Ming dan siasatan sudah dimulakan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan 1948.
Kor Ming minggu lalu didakwa memuat naik dua status bergambar yang menyamakan pemberian duit raya sebagai ‘dedak’ selain mengucapkan Selamat Hari Raya berlatar belakangkan bendera Amerika Syarikat dengan tangan berdoa berimejkan rumah api yang merupakan simbol agama Kristian.
Beliau bagaimanapun menafikan memuat naik posting berkenaan dan mendakwa menjadi mangsa fitnah politik.
#Panas di HINA AIDILFITRI : MP DAP Dipanggil Bukit Aman!!!

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.