Video Dan 6 Gambar Bas Rempuh 10 Kenderaan Di Lebuhraya Plus.

01:14
Video Dan 6 Gambar Bas Rempuh 10 Kenderaan Di Lebuhraya Plus. merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Video Dan 6 Gambar Bas Rempuh 10 Kenderaan Di Lebuhraya Plus..

Ipoh, 10 Julai - Satu kemalangan yang membabitkan sebuah bas dan 10 buah kenderaan dilaporkan berlaku di Lebuh Raya Utara-Selatan KM265.8 selatan  (Menora-Ipoh) kira-kira jam 3 petang tadi.

Menurut video yang dikongsi oleh Bernama Radio, kelihatan bas itu merempuh kenderaan-kenderaan yang terlibat dari belakang.

Susulan kejadian, lebuhraya itu dilaporkan sesak teruk.

BH Online melaporkan, dua cedera dalam kemalangan tersebut.

Di dalam kejadian itu, kesemua 28 penumpang bas ekspress itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Komander Lebuh Raya Zon Utara, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Asisten Superintendan Hazil Reza Mohd Ghazali berkata, dalam kejadian itu bas ekspres berkenaan dipercayai mengalami masalah teknikal iaitu kegagalan brek lalu melanggar 10 kenderaan di sisi dan hadapannya.

Katanya juga, pihaknya sedang mengealpasti dan mejalankan siasatan sama ada pemandu bas itu mengantuk ketika kejadian sehingga mengakibatkan inside itu berlaku.

"Kami masih belum mendapat maklumat lengkap bas berkenaan menghala ke mana tetapi daripada maklumat awal ia datang dari arah utara menuju selatan. 
"Ketika ini semua kenderaan yang terbabit dalam kejadian itu sudah membuat laporan di Balai Polis Ipoh," katanya ketika dihubungi.

Menurut Reza lagi, mangsa yang cedera masih belum dapat dikenalpasti namun mereka dipercayai dari kenderaan yang pertama dilanggar.







Siakap Keli
loading...
wartawan jalanan

Share this

Related Posts

#Panas di Video Dan 6 Gambar Bas Rempuh 10 Kenderaan Di Lebuhraya Plus.

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.