Wanita Mati Ditembak Di Dalam Keretanya, Anak Cedera Parah. merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Wanita Mati Ditembak Di Dalam Keretanya, Anak Cedera Parah..
Seorang wanita mati ditembak dari jarak dekat oleh dua lelaki menunggang motosikal di Jalan Hujan Emas 4, Taman OUG Jalan Klang Lama, di Kuala Lumpur, petang ini.
Portal Berita Harian Online melaporkan seorang daripada lima anak wanita berkenaan yang berada dalam kereta ketika kejadian dalam keadaan parah dan dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 petang apabila mangsa yang berusia 32 tahun sedang memandu kenderaan jenis Toyota Vellfire bersama lima orang anaknya yang berusia antara dua hingga 13 tahun serta seorang pembantu rumah.
Portal itu juga memetik Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa, sebagai berkata mangsa yang bekerja sebagai ejen hartanah ditembak lima das menerusi cermin tingkap sebelah pemandu.
"Satu peluru mengenai lehernya, manakala anak perempuannya yang berusia lapan tahun di tempat duduk penumpang hadapan dipercayai terkena tembakan pada sisi sebelah kanan kepala.
"Ada saksi mendakwa melihat suspek berlegar-legar menaiki sebuah motosikal di sekitar kawasan kejadian tidak lama sebelum tembakan," katanya.
Buat masa ini polis belum dapat memastikan motif kejadian dan identiti suspek.
Mayat mangsa dihantar ke PPUM untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Malaysia kini

loading...
EmoticonEmoticon