Suspek Pembunuhan Mangsa Seks Ganas Telah Berjaya Ditangkap Polis.

13:29
Suspek Pembunuhan Mangsa Seks Ganas Telah Berjaya Ditangkap Polis. merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Suspek Pembunuhan Mangsa Seks Ganas Telah Berjaya Ditangkap Polis..

Kuala Lumpur: Dua lelaki dipercayai terbabit dengan seks ganas sehingga mengakibatkan kematian seorang lelaki, 16 Mei lalu, ditahan di Jalan Ipoh, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor berkata, kedua-dua suspek berusia 24 dan 28 tahun itu ditahan polis daripada bahagian D9 Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Katanya, kedua-dua suspek difahamkan melarikan diri ke Kuantan sejurus kejadian sebelum kembali ke ibu negara.

"Suspek masih ditahan reman untuk membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,"katanya pada sidang media, hari ini.

Dalam kejadian Mei lalu, lelaki berusia 47 tahun ditemui mati dalam keadaan bogel dan terikat di kondominium di Sri Hartamas.
Mayat mangsa ditemui pemilik rumah yang datang ke rumah berkenaan untuk memeriksa keadaan lelaki terbabit selepas dihubungi oleh bapa mangsa yang gagal menghubungi anaknya.

Mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dengan mulut dan kaki diikat manakala kemaluan ditutup dengan kain.

Harian Metro
loading...
wartawan jalanan

Share this

Related Posts

#Panas di Suspek Pembunuhan Mangsa Seks Ganas Telah Berjaya Ditangkap Polis.

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.