Selepas Azrif Nasrulhaq Ke JDT, Nazmi Faiz Mansor Bakal Menyertai Pasukan Harimau Selatan Itu.

17:28
Selepas Azrif Nasrulhaq Ke JDT, Nazmi Faiz Mansor Bakal Menyertai Pasukan Harimau Selatan Itu. merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Selepas Azrif Nasrulhaq Ke JDT, Nazmi Faiz Mansor Bakal Menyertai Pasukan Harimau Selatan Itu..

KUALA LUMPUR: Juara Piala Malaysia, Selangor sekali lagi akan menjadi 'pembekal' kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas seorang tonggak pasukan itu, Nazmi Faiz Mansor bakal menyertai pasukan Harimau Selatan itu. 

Selepas berjaya mendapatkan bek kanan berbakat, Azrif Nasrulhaq pada jendela perpindahan Julai, juara Piala AFC itu terus 'bernafsu' untuk menghimpunkan pemain terbaik di seluruh negara dengan pemain tengah berusia 22 tahun itu menjadi sasaran mereka pada musim depan. 

Malah, pemain yang pernah beraksi bersama kelab Beira Mar di Portugal itu juga dikatakan sudah menandatangani pra-perjanjian bersama pasukan Harimau Selatan itu sekali gus mengesahkan kedudukannya dalam pasukan itu. 

Sumber menyatakan kontrak pemain itu akan tamat pada penghujung musim ini dengan dia dikatakan tidak berminat untuk memperbaharui kontraknya sekali gus memberi gambaran untuk meninggalkan pasukan The Red Giants. 

"Situasi kedua-dua pemain adalah berbeza kerana jika dilihat semula, Azrif masih memiliki kontrak bersama pasukan Selangor dan perlu menjalani prosedur yang berbeza bagi mendapatkan khidmatnya. 

"Nazmi pula, dia berkemungkinan tidak mahu memperbaharui kontraknya dan mahu mencari pengalaman baharu di pasukan lain. 

"Jadi, Nazmi bebas untuk pergi ke mana-mana pasukan yang mahukan khidmatnya dan pra-perjanjian yang ditandatanganinya adalah sebagai perjanjian awal membolehkan dia bersama pasukan terbabit," katanya ketika dihubungi BH Sukan, semalam. 

Jika perpindahan ini menjadi kenyataan, maka Nazmi bakal menjadi pemain Selangor ketujuh menyertai Harimau Selatan secara terus selepas Amri Yahyah, Safiq Rahim, Mahali Jasuli, Farizal Marlias, Asrarudin Putra Omar serta S Kunanlan. 

Dalam perkembangan lain, Selangor perlu menarik nafas lega selepas cubaan JDT untuk 'memancing' dua lagi pemain utama mereka tidak kesampaian apabila ditolak oleh pemain terbabit. 

Dua pemain terbabit yang masing-masing adalah pertahanan tengah dan penyerang yang pernah mewakili skuad kebangsaan dipercayai menolak tawaran lumayan terbabit untuk kekal bersama Selangor musim depan. 
loading...
wartawan jalanan

Share this

Related Posts

#Panas di Selepas Azrif Nasrulhaq Ke JDT, Nazmi Faiz Mansor Bakal Menyertai Pasukan Harimau Selatan Itu.

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.