PARTI BARU MAHATHIR : Ini Reaksi Anwar Ibrahim!!!

17:28
PARTI BARU MAHATHIR : Ini Reaksi Anwar Ibrahim!!! merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri PARTI BARU MAHATHIR : Ini Reaksi Anwar Ibrahim!!!.
Dalam ramai-ramai individu, pastinya reaksi dan maklumbalas Anwar Ibrahim dinanti-nantikan oleh pemerhati dan pemimpin politik terhadap hasrat Tun Mahathir untuk menubuhkan parti politik baru. Pelbagai jangkaan atau ramalan telah dibuat mengenai reaksi Anwar ke atas tindakan terbaru bekas "seteru utamanya" itu.
Bekas pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini meringkuk di penjara melihat tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad membentuk sebuah parti baru untuk menentang Umno dan BN sebagai positif.
Beliau juga berpendapat bahawa adalah penting bagi parti-parti pembangkang untuk bersatu dan percaya parti baru seperti yang dicadangkan oleh Mahathir itu akan diterajui oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Kami sedang menunggu keputusan Muhyiddin kerana beliau akan menentukannya.
"Kami bersedia bersama mereka. Saya fikir ini adalah perkara yang positif," kata Anwar ketika ditemui di mahkamah hari ini.
Anwar juga menegaskan kepentingan untuk parti-parti pembangkang bekerjasama dan memuji cadangan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man supaya mereka mengadakan ‘gencatan senjata’.
Sebelum ini, Anwar menulis sepucuk surat ‘pedas’ yang memberi amaran kepada pemimpin PKR mengenai bahaya bekerjasama dengan bekas perdana menteri itu.
Mahathir memecat Anwar sebagai timbalan perdana menteri pada tahun 1998.
#Panas di PARTI BARU MAHATHIR : Ini Reaksi Anwar Ibrahim!!!

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.