Menyelinap Masuk Ke Bandar Tinggal Fukushima, Lelaki Dari Malaysia Ini Temui Begitu Banyak Barang Berharga merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman
Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri
Menyelinap Masuk Ke Bandar Tinggal Fukushima, Lelaki Dari Malaysia Ini Temui Begitu Banyak Barang Berharga.
Pada tahun 2011 lalu telah berlaku kejadian gempa bumi kuat berukuran 9 pada Skala Rither di Tōhoku yang telah menyebabkan berlakunya kemelut kemanusiaan dan kesan ekonomi yang dahsyat.
Bencana ini juga telah menyebabkan berlakunya tsunami yang memaksa kira-kira 300,000 orang penduduk meninggalkan kawasan berkenaan kerana kekurangan bekalan makanan, air bersih, tempat berteduh, ubat-ubatan an bahan bakar.
Kejadian tersebut telah menyebabkan satu kerosakan kritikal ke atas Loji Kuasa Nuklear Fukushima I yang menyebabkan kebocoran radiasi yang parah dan kemungkinan kemudaratan kepada kesihatan dan persekitaran jangka panjang sehingga memerlukan usaha pembersihan yang menelan belanja besar.
Oleh itu, bandar Fukushima kini telah ditinggalkan kerana kesan radiasi yang begitu tinggi merebak di kawasan berkenaan.
Bandar berkenaan yang digelar sebagai bandar berhantu kini merupakan kawasan larangan bagi orang ramai memasukinya kerana kesan radiasi.
Seorang lelaki bernama Keow Wee Loong yang merupakan rakyat Malaysia telah pergi ke negara matahari terbit berkenaan dan menyelinap masuk ke kawasan larangan tersebut.
Namun apa yang dijumpainya amat mengejutkan di mana katanya ia amat berbeza dengan kejadian di Chernobyl di mana hampir semua kedai yang ada dirompak sehingga habis licin.
Jom kita lihat gambar-gambar yang dikongsikan oleh beliau.
Shopping di supermarket yang telah ditinggalkan sejak bencana Fukushima 2011
Banyak binatang liar yang masuk ke dalam ini mencari makanan. Difahamkan binatang-binatang itu ditinggalkan oleh pemiliknya sejak bencana Fukushima 2011
Terdapat begitu banyak majalah porno di kedai buku Fukushima, edisi 2011
Listerine 2011
Kedai buku
KEdai video yang banyak menyewakan cerita 'hentai'
Kedai dobi yang masih dipenuhi pakaian yang dibasuh, masih terdapat sejumpakh kira-kira 100 yen di dalam mesin berkenaan
Masa terhenti di Okuma, Futaba dan Namie pada Mac 2011
Lagi supermarket di Namie, York Benimaru
Majalah keluaran Mac 2011
Stesen kereta api Namie
Runtuhan akibat gempa bumi
Bar yang ditinggalkan di Namie
Kedai CD. terdapat banyak koleksi limited edition di kedai ini.
Kereta yang ditinggalkan di ruangan parking sejak 2011
Salah satu laluan (masuk) di bandar Okuma di tutup
Kedai serbaneka yang ditinggalkan
Sisa radiasi boleh ditemui di mana-mana di kawasan ini
Di Tomioka
Bandar berhantu di Fukushima
Kedai kasut
Bangunan runtuh akibat gempa bumi
Rumah yang ditinggalkan di Zon Kuning
PS2 yang masih belum dibuka dari kotaknya.
Meskipun telah lama ditinggalkan, namun lampu isyaratnya masih berfungsi
Kedai bunga, banyak bau bunga mati di sini
100 meter dari loji janakuasa Daiichi Fukushima yang meletup 2011.
#Panas di
Menyelinap Masuk Ke Bandar Tinggal Fukushima, Lelaki Dari Malaysia Ini Temui Begitu Banyak Barang Berharga
EmoticonEmoticon