Lelaki Ini Ditangkap Kerana Mendera Anak Teman Wanitanya Secara Seksual Sehingga Mati. merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Lelaki Ini Ditangkap Kerana Mendera Anak Teman Wanitanya Secara Seksual Sehingga Mati..
GLOUCESTER: Seorang lelaki yang mendera anak perempuan teman wanitanya yang berusia dua tahun secara fizikal dan seksual sebelum mangsa meninggal dunia, didakwa dengan tuduhan membunuh dan melakukan serangan seksual.
Michael Disporto Jr, 22, diikat jamin dengan AS$1.5 juta (RM6 juta).
Kanak-kanak berkenaan meninggal dunia pada Selasa lalu akibat pukulan di kepala.
Pasangan itu menanti sehingga seharian dan sempat membeli belah dua kali sebelum mendapatkan rawatan perubatan.
Ibu mangsa, Amber Bobo, 25, didakwa dengan tuduhan membahayakan kebajikan kanak-kanak.
Pegawai penyiasat berkata, Bobo ternampak kesan lebam pada dahi anaknya pada 3 Julai lalu di Gloucester dan mahu membawa mangsa ke hospital, tetapi menunggu tujuh jam kerana dilarang Disporto.
Pasangan itu baru mula berhubungan dua minggu lalu. Mereka juga sempat ke pusat beli-belah berhampiran apabila mangsa mula muntah.
Mereka membawa kanak-kanak itu kembali ke rumah Bobo dan mangsa muntah sekali lagi, sebelum ketiga-tiga mereka kembali semula ke pusat beli-belah berkenaan.
Mereka berada di situ sehingga jam 3.30 petang waktu tempatan.
Apabila mangsa muntah kali ketiga, Bobo memberitahu Disporto beliau mahu membawa anaknya ke hospital, tetapi teman lelakinya itu berkata kanak-kanak berkenaan cuma 'letih' dan mengugut meninggalkan Bobo jika wanita itu berkeras membawa mangsa ke hospital.
Bobo menghubungi talian 911 pada jam 6.00 petang waktu tempatan dan mangsa dibawa ke hospital untuk menjalani pembedahan otak.
Mangsa juga patah lengan dan mengalami kecederaan pada alat sulit. Beliau meninggal dunia dua hari kemudian. - AP

loading...
EmoticonEmoticon