Jasad Pengusaha Lemang Popular Selamat Dikebumikan

12:47
Jasad Pengusaha Lemang Popular Selamat Dikebumikan merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Jasad Pengusaha Lemang Popular Selamat Dikebumikan.


Kuala Lumpur, 9 Julai: Pengusaha lemang yang terkenal, Pak Ali, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid As-Sobirin, Lembah Keramat pagi tadi.

Allahyarham Pak Ali atau Md Ramli Abdul Rasip, 73, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang pada 3.40 petang semalam.

Perniagaan lemang Gerai Pak Ali Lemang Asli diusahakan oleh arwah pada 1984 berdekatan susur masuk ke Taman Melawait.

Arwah merupakan seorang yang sangat arif mengenai lemang dan sentiasa menjaga kualiti lemangnya.

Memang beginilah keadaannya pada hari-hari terakhir Ramadan dan kami begitu sibuk kerana pelanggan meningkat mendadak serta berganda berbanding hari biasa. Ini disebabkan, pakcik tidak menjual 'lemang rebus',

“Bagi mereka yang tahu dan hendak makanan sedap pastinya akan cari yang asli,” katanya.

"Saya menggunakan bahan seperti garam, santan dan beras pulut, sama saja dengan peniaga lain. Cuma, rasanya berbeza mungkin disebabkan sukatan dan kualiti bahan digunakan.”

"Aroma daripada santan dan pulut yang dibakar menggunakan kayu getah berbau harum dan boleh membangkitkan selera pelanggan singgah ke gerai kami. Kayu getah juga menjadikan lemang ini bertambah sedap,”, kata Arwah menerusi beberapa petikan temubual dengan akhbar Berita Harian dan Bernama sebelum ini.

#Panas di Jasad Pengusaha Lemang Popular Selamat Dikebumikan

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.