Isteri Yang Dilaporkan Hilang Oleh Suami, Di Jumpai Terbaring Di Tepi Lebuh Raya. merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Isteri Yang Dilaporkan Hilang Oleh Suami, Di Jumpai Terbaring Di Tepi Lebuh Raya..
Kuala Lumpur: Suri rumah dilaporkan hilang di Jengka 11, Pahang, semalam ditemui terbaring dalam keadaan lemah di Kilometer 29.3 Lebuhraya Karak, berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Genting Sempah, di sini, 11 pagi tadi.
Wanita berusia 36 tahun berkenaan ditemui oleh anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) yang membuat rondaan lalu lintas di lebuh raya berkenaan sempena Aidilfitri.
Ketua Bahagian Penguatkuasa JPJ WPKL, Datuk Norhadzli Azhar berkata, wanita berkenaan ditemui tiga anggotanya selepas didapati terbaring di tepi lebuh raya berkenaan tanpa pengenalan diri.
Katanya, anggota berkenaan cuba membantu wanita itu dengan memberikan makanan dan minuman selepas didapati kepenatan.
"Wanita berkenaan didapati berjalan dari Plaza Tol Gombak menghala ke Karak. Apabila anggota bertanya wanita berkenaan hanya menangis dan memaklumkan dia mahu pulang ke rumahnya di Jengka 11.
"Anggota cuba dapatkan nombor telefon keluarga wanita terbabit dan mujurlah dia mengingati nombor telefon suaminya.
"Selepas dapat berhubung dengan suami wanita berkenaan anggota membawa wanita terbabit ke R&R Genting Sempah untuk menyerahkan wanita itu kepada anggota keluarganya," katanya.
Menurut Norhadzli, suami wanita terbabit memaklumkan isterinya hilang selepas keluar dengan menunggang motosikal sendirian kira-kira 6 petang semalam.
Katanya, suami wanita terbabit turut melaporkan kehilangan isterinya di Balai Polis Jengka.
"Difahamkan wanita berkenaan mengalami masalah tekanan perasaan dan mudah lupa. Suaminya turut memaklumkan kejadian sama sudah tiga kali berlaku sejak tiga tahun lalu dan isterinya pernah hilang selama seminggu pada tahun lalu.
"Anggota menyerahkan wanita berkenaan pada suaminya kira-kira 7 malam tadi. Bagaimanapun, anggota tidak menemui motosikal yang ditunggang wanita terbabit," katanya.
Sementara itu, suami wanita terbabit, Mohd Annuar Yahya, 43, memuji keperihatinan anggota JPJ yang membantu isterinya itu.
Katanya, dia dan tiga anaknya bimbang mengenai keselamatan isteri selepas tidak pulang ke rumah.
"Sudah puas kami mencari tetapi tidak berjaya sehingga dihubungi oleh anggota JPJ WPKL memaklumkan mereka menemui isteri di berhampiran R&R Genting Sempah.
"Kami sekeluarga sangat berterima kasih atas keperihatinan pihak JPJ WPKL yang menghulurkan bantuan walaupun diluar bidang tugas mereka sehingga isteri saya dapat kembali kepada keluarga dengan selamat," katanya.
Harian Metro

loading...
EmoticonEmoticon