12 Mati Dalam Kesesakkan Melampau Jalan Raya, Semperna Aidilfitri. merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri 12 Mati Dalam Kesesakkan Melampau Jalan Raya, Semperna Aidilfitri..
BREBES: Dua belas orang terkorban selepas terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang berpanjangan selama tiga hari.
Kesesakan lalu lintas sepanjang 20 kilometer itu menyebabkan berpuluh ribu orang terkandas.
Kesesakan yang teruk itu di sebuah lebuhraya utama di Brebes, sebuah bandar di Jawa, adalah terlampau teruk sehingga warganegara Indonesia telah memanggil pintu tol itu sebagai 'Brexit' dari perkataan 'Brebes exit'.
Jalan-jalan raya di negara majoriti penduduk Islam itu kebiasaannya sesak pada akhir bulan Ramadan, kerana jutaan orang balik ke kampung masing-masing untuk sambutan Aidilfitri.
Namun demikian, jurucakap Kementerian Pengangkutan negara itu, Hemi Pramuraharjo, memberitahu AFP kesesakan di 'Brexit' pada tahun ini adalah parah kerana kerana puluhan ribu kereta masuk ke lebuhraya tersebut.
"Dalam kes 'Brexit' ini, terdapat 12 mangsa meninggal pada hari-hari yang berbeza," katanya.
Beliau berkata kematian itu berlaku antara 3 Julai dan 5 Julai, dan bukannya dalam sehari seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Pramuraharjo berkata beberapa mangsa yang meninggal adalah orang tua, di mana ada yang meninggal kerana kepenatan melampau atau masalah kesihatan lain.
Media tempatan melaporkan terdapat juga kes seorang kanak-kanak berusia satu tahun yang meninggal akibat keracunan asap.
Lebih daripada 400 pengguna jalan raya telah terkorban di Indonesia semasa musim perayaan ini, termasuk kejadian 'Brexit', tambah Pramuraharjo.
Katanya, gerai tepi jalan dan pasar menambah kepada kesesakan yang sedia ada.
"Terdapat kesesakan di sana, di mana ada sebuah stesen minyak sangat berhampiran dan ramai orang beratur.
"Tidak ada ruang di jalan raya. Kami tidak mempunyai jalan penyelesaian," katanya.
Kementerian Kesihatan juga turut menafikan laporan sebelum ini bahawa mangsa 'Brexit' meninggal dunia dalam satu hari, dan menggesa pengguna jalan raya merancang perjalanan yang panjang untuk berehat dan mengambil segala langkah berjaga-jaga.
Astro AWANI

loading...
EmoticonEmoticon