Tiga Cara Mudah Untuk Mengubah ‘Hubungan’ Anda Dengan Makanan

13:13
Tiga Cara Mudah Untuk Mengubah ‘Hubungan’ Anda Dengan Makanan merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Tiga Cara Mudah Untuk Mengubah ‘Hubungan’ Anda Dengan Makanan.

Di Mesotropin, kami tahu mengubah diet anda menjadi lebih baik adalah lebih susah berbanding melakukan deadlift. Kita semua pernah lalui, bukan senang untuk mengelak daripada memakan makanan-makanan yang kurang berkualiti seperti cokolat, kek dan jajan. Tabiat makanan yang teruk ini sudah menjadi ritual bagi kita.

Tapi, kali ini kami nak kongsikan 3 cara ringkas bagaimana untuk anda mengubah secara perlahan-lahan pemakanan anda menjadi lebih baik.

1. Duduk di meja makan dan jauhi gajet dan tv

Healthy-Salads-for-Dinner_hero

Hanya dengan duduk di meja makan dapat mengubah cara anda mengambil makanan secara dramatik. Dalam satu kajian oleh Harvard Medical School mendedahkan penambahan berat badan ada kaitan makan mengadap skrin. Gajet dan tv kita boleh mengganggu cara kita menguyah makanan dan signal kita sudah kenyang. Cuba letakkan gajet anda jauh, dan fokus makan di atas meja. Anda mungkin akan rasa bosan pada mulanya tapi cubalah untuk enjoy dan fokus makanan di atas meja.

2. Memasukkan makanan dalam beberapa bekas kecil dan buka bila anda lapar

food-container-bodybuilding

Zaman kami bekerja di pejabat dulu, kami sering lihat rakan sekerja membawa bekal tengahari tapi bila sampai waktu makan tengahari, mereka masih ke kafe beratur dan beli makanan. Jangan jadi seperti itu. Sebaliknya sediakan makanan anda siap siap di rumah malam sebelumnya dan bawa ke pejabat. Setiap kali lapar, anda buka satu bekas dan makan. Dengan cara ini anda kawal makanan apa yang patut masuk dalam badan anda.

3. Beli barang masak mengikut senarai yang telah dibuat dan masak ikut garis panduan

A-Beginner’s-Shopping-List

Orang ramai panggil masak ikut resipi. Tapi beberapa ramai sebenarnya betul-betul ikut resipi? Kami sarankan anda belajar dan ikut resipi menyediakan makanan yang sihat. Dalam seminggu satu malam untuk go through resipi ini sudah cukup. Dan anda akan rasa seronoknya berfikir tentang makanan seterusnya yang bakal anda masak.

#Panas di Tiga Cara Mudah Untuk Mengubah ‘Hubungan’ Anda Dengan Makanan

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.