CARA CARA MELAKUKAN HAK CIPTA/TRADEMARK MURAH
Ramai peniaga dan brand owner khususnya tak ambil peduli untuk trademark kan logo atau jenama mereka sendiri. Di Malaysia itu biasa, tapi di luar negara mereka amat mementingkan hak cipta tereplihara mereka.
Last month sis Lora bergelumang dengan isu trademark ni, dan kami hire agent untuk bantu kami buat trademark dari awal proses carian sampai la ke registration.
Dan memang banyak orang risau nak buat trademark ni di sebabkan HARGA MAHAL.
Yes semua orang ingat orang kaya je boleh trademark kan brand diorang. Dan bila ejen bagi kami quotation memang betul harga nya RM1550 untuk permohonan awal sahaja (uwaaa nangis dah masa ni).
Tapi Alhamdulillah jumpa sorang insan mulia masa di seminar FB Ads dia ajar step by step untuk apply trademark dengan harga mampu milik. Bukan mampu milik je tapi memang MURAH!
So hari ni Sis Lora nak share sikit cara trademark kan brand anda dengan harga yang berpatutan dan tanpa menggunakan ejen. Jangan salahkan agent kalau dia caj kita sebab masa dan kepakaran mereka harus lah di ambil kira.
Tapi untuk yang kaki jimat macam sis Lora ni, meh sini sis Lora guide satu-satu ok. Sebelum tu kenal pasti apa yang nak di trademark kan ye.
Kalau perniagaan tu belum di daftarkan di SSM tak ada masalah untuk trademark kan dulu. Mereka hanya perlukan IC anda sahaja. Tapi kalau logo atau nama yang nak di trademark kan itu di bawah syarikat anda haruslah bawa SSM bersama ye!
1. Sila search nama yang anda inginkan samaada dah ada orang trademark kan atau masih ada lagi. ‘User not found’ bermaksud nama tersebut masih available dan anda boleh trademark kan cepat cepat. Weeee.
http://ift.tt/1OjiqTk
2. Walk in ke Wisma UOA Bangsar, ambil no tekan button 6 atau 7 dan tunggu sehingga anda di panggil. Masa tu boleh la tengok artikel berkenaan hak cipta dan paten kat sini. Setelah nama di panggil terangkan anda nak trademark kan nama perniagaan anda dan mereka akan bagi borang TM5.
Ambil nombor kat sini ye. Sambil tu boleh la tengok diorang ada buka pendaftaran seminar atau bengkel berkaitan harta intelek.
3. Borang dan cara isi form boleh tengok di setiap gambar dan caption sekali. Untuk CLASS/CATEGORY yang anda boleh trademark walaupun nama yang sama tapi industry yang berlainan anda masih ada peluang untuk trademark dengan nama yang anda inginkan walaupun ada 70% sahaja peluang untuk diluluskan hehe.
Borang yang diorang akan bagi di kaunter. Ada checklist and step by step nak isi borang tau. Siap sample sekali both in English and Bahasa juga
TM5 borang paling utama, dekat ruangan kosong besar tu la kena tampal logo/tulisan/gambar yang kita nak trademark kan. And kalau anda nak trademark kan warna kena tick kat box bawah tu. And state color apa, kalau korang ada buat tulisan roman ke apa ke pelik sikit kena explain details kat bawah ni ye
Masukkan class apa korang nak trademark kan. Cth kalau online ke butik/retail trading class 35. Untuk setiap class berbeza korang kena apply berbeza tau. So nak pilih 5 class times la RM370 (gulpp)
So tandatangan and kena statekan tahun bila pakai logo tu.
Okay ni penting, segala apa nak isi tu ada dia dah bekalkan kat bawah. A kena isi apa, B isi apa. So jangan risau okay. Yang dekat ruang kosong tengah tu tampal lagi logo/tulisan/gambar yang nak di trademark kan. Skala kecik sikit (orang printing atas tu tau size dia cakap je nak apply trademark). Dan sebelah bawah kanan yang pesuruhjaya sumpah akan chop ye.
Tampal kat sini ye.
Okay ni antara class yang boleh di pilih. Belakang ada lagi tau.
Ni contoh proses dan tempoh masa untuk apply just in case korang tak percaya apa yang Sis Lora explain. Hehee.
Taraaa untuk application RM370 dah settle, insyaAllah dalam masa 8 bulan boleh register kalau takde bantahan. Kalau buat guna third party ni RM370 pedepoooff terus jadi RM1500 hahha. So jimat lah kita!
4. Setelah borang dah lengkap bawa borang tersebut untuk pesuruhjaya sumpah cop (lokasi sebelah tangga 7Eleven depan office harta intelek ni je dengan harga RM5).
5. Buat 4 salinan untuk semua borang (fotostat di kedai printing atas San Francisco Coffee depan office Harta Intelek je).
6. Dah lengkap sila semak senarai checklist anda dan ambil nombor dan hantar ke kaunter seperti biasa.
7. Dan seterusnya buat bayaran sama ada guna kad kredit, tunai, debit kad atau cek. RM370 untuk permohonan awal dan biasanya mengambil masa 8 bulan dan jika lulus anda kena bayar RM650 dan proses register trademark ™ anda telah berjaya!
8. Oh bagi yang nak mempercepatkn proses sebab dah tak nak tunggu, anda boleh failkan borang TM5A dengan yuran RM250 , dan terus failkan TM5B dengan yuran RM1200 (biasanya selepas diberi kelulusan dalam masa 5 hari bekerja)
9. Oh ya, jangan lupa sediakan gambar LOGO/PERKATAAN sebelum buat trademark ye sebab nak memudahkan kerja.
Untuk sesetengah peniaga dia tak kisah untuk buat ™ ni sebab dia rasa mungkin perniagaan dia sikit je atau part time je, tapi rezeki kalau Allah nak bagi terus letup business sekali dah ada orang trademark kan dan claim anda plagiat dia. Kan susah?
Dalam harta intelek tak ada istilah siapa mula dulu tetapi siapa yang memohon dulu dialah yang berhak.
Tag la rakan rakan founder atau peniaga yang nak buat trademark tapi tak tahu. Moga bermanfaat.
#Panas di Cara-Cara Register Trademark Sendiri Dengan Kos Yang Lebih Murah Untuk Jenama Anda
EmoticonEmoticon