25 Petua Berkesan Untuk Anak Pandai Berbahasa Inggeris

05:58
25 Petua Berkesan Untuk Anak Pandai Berbahasa Inggeris merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri 25 Petua Berkesan Untuk Anak Pandai Berbahasa Inggeris.

Tadi, saya selongkar yahoogroup yang saya sertai. Nampaknya yahoogroup macam dah mati je, dah tak ada orang yang minat untuk posting lagi.

Sedang selongkar, saya jumpa satu artikel ini dari seorang guru tuisyen yang menggunakan id yahoo cikgu_tuition dalam yahoogroup tersebut. Artikel tersebut bertajuk 25 petua untuk anak pandai berbahasa Inggeris.

Sebahagian daripada tips untuk anak pandai berbahasa Inggeris ini memang ada dipraktikkan untuk anak saya yang sulong, dan alhamdulillah saya dah nampak hasilnya.

Sekarang, saya dan isteri sedang gunakan teknik dan tips yang sama untuk 2 orang lagi anak kami.

25 Petua Anak Pandai Berbahasa Inggeris

Setakat ini, anak ketiga iaitu Maira yang masih lagi tadika sudah faham sedikit-sedikit bahasa Inggeris, malah dah boleh menyanyi beberapa lagu popular kegemaran kanak-kanak yang dipelajarinya menerusi YouTube.

Sama juga dengan anak saya nombor dua iaitu Anga, cuma agak keras hati sikit bila saya nak suruh dia belajar Kalau isteri saya tu. Ikut je kata, anak Mamalah katakan. Hahaha.

Jadi, saya sukacita nak kongsikan kepada yang lain mengenai petua yang telah diberikan oleh cikgu_tuition ini. Paling tidak, mereka faham perkataan dan ayat dalam bahasa Inggeris ni.

Ia untuk masa depan mereka. Oh ya, tips ini bukan sahaja untuk anak pandai berbahasa Inggeris, boleh juga digunapakai untuk bahasa lain.

Maka, saya kongsikan kepada anda semua, terutama untuk ibu bapa muda untuk praktikkan. in Sha Allah, dalam 3-4 tahun akan nampak hasil yang baik dan positif. Cubalah ye.

1. Anda dah boleh ajar anak anda mahir dalam bahasa Inggeris dari mereka dalam kandungan lagi. Berbual dengan mereka dalam bahasa Inggeris. Nyanyikan lagu-lagu dalam bahasa Inggeris.

Mainkan lagu-lagu dalam bahasa Inggeris untuk mereka dengar. Kalau nak lagu-lagu nasyid rasanya dah banyak yang ada dalam bahasa Inggeris seperti lagu-lagu nasyid Yusuf Islam. – memang dah banyak lagu nasyid english version

2. Bila anak dah lahir teruskan berbual dengan anak anda tu dalam bahasa Inggeris. Kalau boleh gunakan teknik One Parent One Language. Maknanya sorang kenalah cakap Bahasa Inggeris dan sorang cakap melayu sepenuhnya. Jadi anak nanti mahir dalam kedua2 bahasa, InsyaAllah. – hmm dua-dua parent tak cekap; susah mcam ni.

3. Gunakan sumber pengajaran seperti kad imbas, poster, vcd, cd dan lain2 untuk mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk mereka belajar. – cara mudah dan memang berkesan!

4. Jangan jadikan kelemahan anda dalam bahasa Inggeris sebagai alasan untuk tidak mendedahkan mereka kepada bahasa Inggeris pada peringkat awal lagi. Berkorban sedikit.

Belajar balik bahasa Inggeris tu untuk anak-anak anda. Tak perlu mahir untuk mengajar mereka sebab anda sentiasa boleh rujuk kepada buku-buku dan lain-lain sumber untuk menagajar, contohnya YouTube.

5. Kad imbas amat berkesan untuk memperkenalkan perkataan baru bahasa Inggeris tanpa perlu anda menggunakan bahasa ibunda anda. Ini kerana kad imbas menggunakan gambar/imej. Gunakan permainan-permainan kad imbas yang menarik untuk menagajar mereka. – kad imbas sekarang murah, buat sendiri pun boleh.

6. Jangan merasa malu dan segan untuk mengajar anak-anak anda dikhalayak ramai. Pedulikan pandangan sinis orang lain. Yang penting anak anda akan mahir dalam bahasa Inggeris dan bila masuk sekolah nanti tak ada masalah dengan mata pelajaran bahasa Inggeris, Sains dan matematik.

Bantai je. Kadang-kadang orang sekeliling kita pun bukan reti sangat!

7. Ingat yang bila seseorang kanak-kanak mahir dalam bahasa, IQ mereka juga akan meningkat.

8. Kalau ada yang anda tak faham, jangan segan bertanya dengan orang lain.

9. Belikan buku-buku cerita yang menarik yang banyak gambar-gambar untuk anak-anak anda. Kalau dia orang minat kartun, tak salah anda belikan komik dalam bahasa Inggeris. Sekarang ni komik Doraemon pun ada dalam dwibahasa.

10. Rajin-rajinlah bacakan buku cerita kepada anak anda. Pupukkan sikap suka membaca bahan2 dalam bahasa Inggeris kepada mereka. – Saya selalu buat guna National Geographic.

11. Dapatkan sokongan suami/isteri untuk mengajar anak-anak anda. Kenalah ada team effort. Jangan buat sorang-sorang. Tak salah juga kalau minta bantuan ibubapa atau mertua anda untuk sama-sama membantu. Kadang-kadang mereka ini lagi fasih dari kita.

12. Kalau mampu hantar le ke tadika yang ada ajar bahasa Inggeris. Kalau tak ada budget jangan lah risau. Anda sendiri boleh mengajar mereka dengan berkesan.

13. Kenali diri anak anda dan ketahui apa yang mereka minati. Kalau dia minat Sesame Street belilah vcd2 Sesame Street.

14. Gunakanlah sumber percuma atau sumber-sumber yang telah anda bayar. Pilih rancangan2 di tv dan Astro yang sesuai untuk anak-anak anda seperti rancangan Sesame Street, Noddy, Bob The Builder ke dan lain.

15. Jangan paksa atau beri tekanan terutamanya kepada kanak-kanak yang masih kecil. Ingat yang mereka ini moody, cepat lupa, mudah bosan dan lebih suka bermain dari belajar. So anda kenalah cari teknik2 pengajaran yang tidak membosan kan. Kalau nak ajar tak payah lama2 dan cari masa yang sesuai bila dia org boleh beri lebih tumpuan.

16. Beli poster yang sesuai dan tampalkan di dalam rumah anda. Pastu tearngkanlah kepada mereka dan lepastu anda kenalah rajin ulangkan apa yang anda terangkan kepada mereka sebab mereka ni mudah lupa.

17. Kalau betul caranya kanak-kanak boleh mengusai lima bahasa serentak!

18. Jangan risau, anak anda tak akan pening kalau anda dedahkan kepada dua bahasa dari kecil. Mula-mula je dia pening tapi dia akan cepat sedar yang mereka menggunakan dua bahasa.

19. Konsisten dalam pengajaran anda tu. Jangan kejap cakap bm dan kejap cakap bahasa Inggeris atau campur dalam ayat anda. – Jadi rojaklah nanti agaknya .. tu ada slanga tu

20. Jangan guna bahasa bayi. Sebut betul-betul dan gunakan ayat yang betul grammar dia. – Ini mesti, banyak dah dok cakap kena cakap terus dan betul

21. Kalau anak anda sebut tak betul ,betulkan sebutan mereka dengan anda ulang semula apa yang mereka sebut tu.

22. Belajar balik bahasa Inggeris anda. Walaupun anda rasa yang bahasa Inggeris anda dah ok tak salah kalau anda belajar balik sebab kadang-kala kita ni tak sempurna. Atau kadang-kadang benda yang kita ingat betul sebenarnya salah atau kurang tepat.

23. Selain dari mengguna kad imbas anda juga boleh gunakan kad perkataan. Ni tak ada imej atau gambar. Senang je nak buat. Beli je kad2 untuk buat nota yang bersaiz poket. Kad ni sesuai jugak untuk anda mempelajari perkataan baru dengan menggunakan Thesaurus dan Dictionary.

24. Kalau boleh jangan gunakan kamus Bahasa Inggeris-BM. Cuba gunakan kamus bahasa Inggeris-bahasa Inggeris ataupun gunakan kamus English-English-Malay macam yang saya gunakan. – Memang patut ada kamus sorang satu bawa kemana-mana

25. Kalau anda sendiri tak berapa ingat perkataan-perkataan bahasa Inggeris , apa kata anda gunakan label dan tampalkan pada tempat-tempat yang sesuai seperti letak label fridge di peti ais, kitchen di dapur dan sebagainya. So dengan cara ini anda pun ingat apa yang perlu disebut dan anak anda pun boleh ingat apa yang perlu disebut. Ini basic parental pun banyak ajar cara dan kaedah macam ini.

petua-anak-pandai-berbahasa-inggeris-2

petua-anak-pandai-berbahasa-inggeris-3

In Sha Allah, 25 petua yang diberikan di atas akan menjadi sangat berkesan kalau anda sebagai ibu bapa bersungguh-sungguh melakukannya. Saya dan isteri memang mempraktikkannya, dan alhamdulillah, kami berdua gembira dengan hasil yang telah diusahakan.

Harus diingatkan bahawa setiap anak itu berbeza karektor, jadi mungkin ada beberapa tips di atas perlu diubahsuai untuk sesuai dengan karenah mereka. Jadi, hasilnya mungkin tak akan sama antara setiap anak.

Begitu juga dengan anak-anak saya. Yang sulong mungkin bijaknya lebih sebab dapat tumpuan lebih berbanding dengan adik-adik yang lain, sama juga dengan yang bongsu.

Oh ya, sebagai salah satu tips tambahan daripada saya ialah, mohon anda sebagai ibu bapa agar sentiasa bersabar dengan karenah anak-anak. Ia bukan sesuatu yang mudah, untuk ajar anak tentang sesuatu yang di luar kebiasaan.

Untuk biasakan mereka, anda juga perlu turut sama memberikan galakan yang sepatutnya. Didik anak tentang ilmu terutama bahasa Inggeris bukan hanya tanggungjawab seorang guru. Bantu guru, bantu sekolah, dan bantu anak-anak untuk berjaya. Mereka berjaya, anda gembira.

Semoga bermanfaat.

#Panas di 25 Petua Berkesan Untuk Anak Pandai Berbahasa Inggeris

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.