Erin Malek Selamat Melahirkan Anak Kembar Namun….

18:12
Erin Malek Selamat Melahirkan Anak Kembar Namun…. merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Erin Malek Selamat Melahirkan Anak Kembar Namun…..
erin malek


Erin Malek Selamat Melahirkan Anak Kembar Namun....|PELAKON Erin Malek selamat melahirkan anak lelaki pertama semalam dan turut mengumumkan seorang lagi anak kembarnya telah meninggal dunia semasa kandungannya mencecah usia 16 minggu kehamilan.


ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)

klik disini untuk ke page kami  --->   IsuKakiPanas


Erin yang sebelum ini dilaporkan mengandung anak kembar mengesahkan perkara tersebut menerusi akaun Instagramnya yang memaparkan foto dia memegang bayinya sambil diperhatikan suaminya.
"Alhamdulillah, ia adalah detik yang tidak boleh dilupakan untuk saya dan Farriz. Kami ingin memperkenalkan dan mengucapkan selamat datang kepada putera kecil kami, Mohamed Faliq bin Mohamed Farriz," tulisnya.


Erin turut memberitahu, kembar kepada bayinya itu meninggal dunia pada usia 16 minggu kandungan.


"Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kembar bayi saya meninggal dunia pada usia 16 minggu kandungan kerana jantungnya berhenti berdegup akibat cecair berlebihan di dalam perut sehingga menyebabkan seluruh badannya bengkak.


"Bagaimanapun, atas nasihat doktor, saya masih boleh meneruskan kandungan itu melalui kehamilan 9 bulan tanpa menjejaskan kembarnya yang lagi satu," katanya.


Tambahnya lagi, perasaannya bercampur baur menghadapi perkara tersebut dan apabila melihat anak lelakinya itu, dia pasti mengingatkannya kepada kembar bayinya itu.


Bagaimanapun, pasangan tersebut percaya ALLAH mempunyai perancangan yang lebih baik untuk mereka dan kedua bayinya itu.


"Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada keluarga, rakan-rakan dan seluruh peminat yang memberikan sokongan penuh dan doa," ujarnya.harian metro



ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)

klik disini untuk ke page kami  --->   IsuKakiPanas
#Panas di Erin Malek Selamat Melahirkan Anak Kembar Namun….

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.