Video: Kes Buli, Pelajar Perempuan ‘Kungfu’ Rakan Sambil Sengih merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Video: Kes Buli, Pelajar Perempuan ‘Kungfu’ Rakan Sambil Sengih.
ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
NAMPAKNYA kes buli dalam kalangan pelajar sekolah di negara ini masih berleluasa meskipun saban tahun, ada sahaja pelajar yang dikenakan tindakan gara-gara perbuatan ini.
Dalam satu video yang kini tersebar di laman sosial, seorang pelajar perempuan kelihatan menunjukkan kemahirannya ‘berkungfu’ apabila bertindak menerajang, menyepak dan menumbuk pelajar perempuan lain tanpa belas kasihan.
Sayang sekali, meskipun ayu bertudung, pelajar perempuan dalam video berdurasi 0.13 saat ini tidak sedikit pun kelihatan kesal malah sempat tersenyum ketika menyakiti pelajar lain sambil dirakam kawannya yang turut galak tertawa.
Perbuatan tersebut pula dilakukan di hadapan ramai pelajar lain yang tidak kelihatan terganggung olehnya. Apakah ini bermakna perbuatan sebegini adalah sesuatu yang biasa buat mereka?
Berdasarkan komen, ada yang mendakwa kejadian ini berlaku di SMK Chendering, Kuala Terengganu namun sejauh mana kebenarannya tak dapat dipastikan, begitu juga tarikh sebenar kejadian.
Paling penting selepas tersebarnya video ini, diharapkan pihak berwajib mengambil langkah sewajarnya supaya kegiatan buli seperti ini segera dihentikan daripada terus membarah dalam institusi pendidikan negara.
ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untuk ke page kami ---> IsuKakiPanas #Panas di Video: Kes Buli, Pelajar Perempuan ‘Kungfu’ Rakan Sambil Sengih
EmoticonEmoticon