Neelofa Ciplak Tudung, Pemilik Sugar Scarf Terkilan

15:42
Neelofa Ciplak Tudung, Pemilik Sugar Scarf Terkilan merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Neelofa Ciplak Tudung, Pemilik Sugar Scarf Terkilan.
 photo sugarnaelofar.jpg



ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untuk ke page kami  --->   IsuKakiPanas


Sebelum ini, seorang pereka pernah menyuarakan ketidakpuasan hatinya kerana menurutnya, rekaan tudungnya telah ditiru oleh rangkaian tudung keluaran selebriti Neelofa iaitu Naelofar Hijab. Perkara itu senyap begitu saja kerana tudung yang sama didapati telah keluar setahun sebelumnya di Indonesia. Terbaru, seorang wanita yang menjalankan perniagaan tudung SugarScarf pula mendakwa Naelofar Hijab telah meniru tudung rekaannya.



Menurut pemilik SugarScarf iaitu Eyqa Sulaiman di Instagram miliknya:


Kenape saya selalu pertahankan idea Madison instant shawl saya?
Kami mula dr kecil2 lan. Dr modal rm400 dan husband saya rm400 juga. total rm800. Bukan dtg dr keluarga yg senang, kami dulu student yg tak pernah terpikir utk smpi ke tahap skrg.
Beli tudung 20 helai pada tahu. 2008. Jual kt blog. Beli kt supplier tudung. kami x de modal yg besar utk buat tudung sendiri. Saya pernah jual dr bilik ke bilik. Dan online habis dlm masa 1 jam sahaja. Masa tu tak ramai yg jual di online. Boleh ckp beberape top brand yg masih ada smpi skrg ada kawan bisnes saya sendiri. Tp sekarang kene struggle sedikit sbb ramai yg jual tudung and ramai pula yg jual benda yg sama. Yg x id / patternkan lah senang faham, kesian kan. Serious kesian sgt sbb mcm mana nak hidup bila keluar design sendiri org copy jadik design dia. Ingat idea tu mcm pejam celik mata terus dpt ke ?
Kami start di blog, balas email manual, check payment ( nak kata x pernah kene tipu of coursela mmg pernah ) , check payment satu2 sbb dulu takde canggih cam skg, tulis kertas pos alamat panjang berjele dan beratus2 helai, dan husband bawa kereta mcm dlm cite initial d. Sbb nak kejar kan pos org tiap2 hari. Bayangkan. Smpi hidung saya berdarah berjurai2 x benti sbb penat sgt focus balas email. Malam baru makan. sbb terlalu focus dan hasilnya saya ada gastrik skg nih.
( sambungan ) ?????? #teamMadison #teamOriginal #supportOriginaldesign #beoriginal #stopcopyingbeinspired

Perkara ini menimbulkan perbalahan antara agen dan pelanggan kedua-dua jenama tudung ini di akaun Instagram Neelofa. Setakat ini Neelofa sendiri tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara ini. Walau begitu rekaan menggunakan inner silang sebegitu sudah lama dilihat berada di pasaran tudung tempatan.


Sebenarnya agak sukar untuk mempertahankan rekaan fesyen dari ditiru jika ia tidak dipatenkan. Menurut pendapat sesetengah orang juga tidak wujud originaliti dalam dunia fesyen, apatah lagi dalam rekaan tudung kerana ramai pengeluar tudung mengambil idea bukan saja dari sesama sendiri, malah dari rekaan hijab pereka negara luar.


Anda keluarkan rekaan hari ini, minggu hadapan tidak mustahil rekaan yang sama muncul di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Cara terbaik mempertahankan rekaan fesyen ialah dengan mempatenkan rekaan seperti yang telah dibuat oleh Fareeda dengan rekaan tudung ropolnya. Apa pendapat anda?

ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untuk ke page kami  --->   IsuKakiPanas

sumber #Panas di Neelofa Ciplak Tudung, Pemilik Sugar Scarf Terkilan

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.