Sikap Masyarakat Suka Buang Sampah Merata-Rata, Anjing Dan Kucing Pula Dipersalahkan

14:42
Sikap Masyarakat Suka Buang Sampah Merata-Rata, Anjing Dan Kucing Pula Dipersalahkan merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Sikap Masyarakat Suka Buang Sampah Merata-Rata, Anjing Dan Kucing Pula Dipersalahkan.
Sudah menjadi lumrah sekarang jika kita lihat di sekeliling kita atau mana-mana taman perumahan sudah pasti ada sampah yang bersepah di tepi jalan.

Ini kerana ada segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab membuang sampah merata-rata terutamanya sampah dari rumah menyebabkan persekitaran menjadi busuk dan kotor.

Dengan sampah-sampah terbiar ini sudah pasti ianya akan menyebabkan haiwan-haiwan liar seperti anjing dan kucing tidak bertuan akan tertumpu di kawasan ini untuk mencari makanan.


ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untuk ke page kami  --->   IsuKakiPanas





ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untuk ke page kami  --->   IsuKakiPanas



Apabila sampah terlunggok dibuang oleh manusia sudah pasti ia akan disepahkan oleh haiwan-haiwan ini untuk mencari makanan maka terjadilah segala punca masalah ini terus disalahkan kepada haiwan-haiwan tidak berdosa ini.

Kami menerima satu luahan rasa daripada seorang penduduk Klang. Berikut adalah luahan beliau.

Anjing & Kucing jalanan dipersalahkan di taman sentosa klang!

Selamat pagi,

Majlis Perbandaran Klang Saluran Komunikasi Mpklang

Terdahulu saya ingin menyuarakan rasa tidak puas hati pada penduduk yang tidak bertanggungjawab kerana membuang sampah merata-rata dan pihak mpklang tidak menguruskan sampah dengan baik lalu menyalahkan anjing dan kucing mengotori kawasan persekitaran. Tepuk dada tanya selera siapakah punca utama kepada masalah? Manusiakan?

Kenapalah nak tangkap anjing yang tidak berdosa dan salahkan mereka? Lagi kenapa ada pihak yang sanggup meletakkan racun untuk membunuh mereka? Anjing boleh tarik "toilet bowl", "almari", "sofa" ke padang ke?. Keadaan macam ini menyebabkan longkang tersumbat lalu menyebabkan penyakit berjangkit seperti aedes dll.

Tolong, jangan percaya sangat dengan apa yang diperkatakan oleh wakil rakyat taman sentosa semata-mata. Anjing mengotori tempat, menyerang orang menjadi punca penangkapan? Adakah pihak MPKlang melakukan penyiasatan? Kalau takutkan populasi anjing & kucing jalanan bertambah tolong keluarkan surat untuk wajibkan pemilik memandulkan mereka dan jangan membiarkan anjing mereka merayau sesuka hati! Tahukah anda anjing yang mengejar orang itu bertuan dan itupun masa musim mengawan dimana pemilik-pemilik ini lepaskan anjing mereka untuk membiak? sama untuk pemilik kucing yang berada di jalan dato yusof shahbudin 21.

Untuk maklumat anda, berpuluh-puluh ekor anjing dan kucing telah dimandulkan. Kebanyakan kami(penduduk) langsung tidak tahu siapa wakil rakyat tu siape.Tolong tunjukkan belas kasihan pada kucing dan anjing jalanan. Kita sebagai manusia mempunyai akal untuk berfikir. Gunakan cara yang lebih berperi kemanusiaan.


Berikut adalah contoh gambar yang diambil. Ini hanya sebahagian. Ada lagi kawasan yang lagi teruk dan kotor seperti di kawasan KFC taman sentosa klang dll.

Sila ambil tindakan! Harap maklum.

Haiwan tidak berdosa tak patut dijadikan mangsa.(diambil di sekitar jalan dato yusof shahbudin 19, 20, 40 taman sentosa klang)*



ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untuk ke page kami  --->   IsuKakiPanas #Panas di Sikap Masyarakat Suka Buang Sampah Merata-Rata, Anjing Dan Kucing Pula Dipersalahkan

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.