Banyak Baju Tidak Sesuai Untuk Saya Bertudung - Isteri Radhi OAG

16:42
Banyak Baju Tidak Sesuai Untuk Saya Bertudung - Isteri Radhi OAG merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Banyak Baju Tidak Sesuai Untuk Saya Bertudung - Isteri Radhi OAG.

ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untuk ke page kami  --->   IsuKakiPanas



PETALING JAYA: Isteri penyanyi Radhi (OAG), Ayu tidak berniat untuk mempermainkan soal pemakaian tudung apabila sering dilihat berhijab, kemudian menanggalkannya.

Ayu atau nama sebenarnya Nur Shahira Ayu Zahiri, 21, berkata, perkara tersebut dilakukan kerana dia melalui tempoh percubaan untuk bertukar imej supaya dia benar-benar yakin melakukan perubahan.

"Ramai yang bertanya kenapa saya kadang-kadang pakai tudung dan kadang-kadang tidak?

"Semasa tempoh percubaan, saya hanya bertudung pada majlis-majlis tertentu yang dihadiri Radhi seperti majlis keagamaan tetapi ketika keluar bersiar-siar, saya tidak pakai kerana banyak baju yang tidak sesuai untuk dipadankan dengan tudung," ujarnya kepada mStar Online.

Ayu diminta mengulas tentang reaksi beberapa peminat Radhi mengenai status pemakaian tudung Ayu yang dilihat tidak konsisten.

Bagaimanapun kata Ayu, menjelang Ramadan lalu dia sudah membuat keputusan muktamad untuk terus berhijab.

Sementara itu, Ayu berkata, sebagai manusia biasa, dia juga memerlukan ruang bagi membuat persiapan untuk berubah menjadi manusia lebih baik.

"Saya macam orang lain juga, perlukan tempoh untuk benar-benar bersedia ke arah kebaikan. Bila kita biasa tidak bertudung memang awal-awal akan rasa janggal sikit bila tukar imej.

"Tapi lama-kelamaan bila saya sudah biasa memakainya, saya rasa janggal pula bila tidak pakai, itulah membuatkan saya terus kekal bertudung," katanya.

Jelas Ayu, Radhi ada menasihatkannya agar kekal dengan imej muslimah selain sedia membelikan kelengkapan baju yang sesuai dengan penampilan baharunya itu.

Namun, kata Ayu, suaminya itu tidak pernah memaksa dan menyerahkan keputusan tersebut kepadanya.

Radhi dan Ayu berkahwin pada 4 April 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Nur Aisyah yang kini berusia sembilan bulan.


ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untuk ke page kami  --->   IsuKakiPanas #Panas di Banyak Baju Tidak Sesuai Untuk Saya Bertudung - Isteri Radhi OAG

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.