Impian Mak Meninggal Dunia Di Makkah Termakbul - Anak merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Impian Mak Meninggal Dunia Di Makkah Termakbul - Anak.
IPOH: "Impian mak untuk meninggal dunia di Makkah termakbul," kata anak ketiga Allahyarham Rusiah Suar, 56.
Hariyanti Ahmad Badri, 31, berkata beliau reda kerana itu adalah ketentuan Ilahi.
"Dia ada beritahu teringin sangat nak meninggal di Makkah. Kami reda sebab perkara itu memang diidamkan oleh umat Islam.
"Saya menyangka itu adalah satu gurauan. Bagaimanapun sebagai anak saya sedih atas pemergiannya," katanya kepada pemberita di kediamannya, di Felda Besout 2, di sini, malam Ahad.
Beliau berkata, berita pemergian ibunya dimaklumkan kepada keluarganya oleh Tabung Haji (TH) yang datang ke rumah pada kira-kira 7.45 malam Ahad.
"Pihak Tabung Haji beritahu menemui mayat ibu di sebuah hospital di Makkah, namun mereka tidak memaklumkan bagaimana insiden itu berlaku," katanya.
Hariyanti berkata dia dimaklumkan TH akan menguruskan proses pengebumian ibunya di Makkah.
Anak ketiga daripada lima beradik itu berkata rakan sebilik ibunya memaklumkan bahawa arwah rebah dan pengsan ketika insiden itu berlaku.
"Selepas menerima berita insiden itu, saya meminta suami menelefon kawan ibu saya untuk bertanya keadaan yang berlaku dan dia memberitahu ketika melakukan saei, kren jatuh mak saya terus rebah.
"Ketika itu kawan-kawan mak nak tolong tetapi orang di sana tidak benarkan...selepas itu kawan-kawan mak terus terputus hubungan dengan mak," katanya.
Sementara itu, Nor Haizan, 34, berkata ibunya teruja untuk menunaikan ibadah haji.
"Semasa di Tabung Haji Kelana Jaya, mak sempat bergurau dengan kami dan nampak dia teruja. Semasa melakukan persiapan, mak nak semua barang-barang keperluan baru dan dibeli awal," katanya.
Nor Haizan terkilan kerana pemergian ibunya seminggu sebelum Aidiladha sama seperti Allahyarham ayahnya yang menghembuskan nafas terakhir sehari sebelum Aidiladha pada 2007.
"Saya reda kerana itu sudah ketentuan," katanya sambil menambah solat jenazah ghaib telah dilakukan selepas maghrib pada Ahad dan majlis tahlil akan dijalankan pada Isnin. - Bernama
ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)

klik disini untuk ke page kami ---> IsuKakiPanas #Panas di Impian Mak Meninggal Dunia Di Makkah Termakbul - Anak
EmoticonEmoticon