'Bukan Saya Langgar Dia, Saya Tolong Call 999 Saja'

13:05
'Bukan Saya Langgar Dia, Saya Tolong Call 999 Saja' merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri 'Bukan Saya Langgar Dia, Saya Tolong Call 999 Saja'. KUALA SELANGOR - Susulan kes seorang lelaki Cina dibelasah sekumpulan besar lelaki Melayu di hadapan restoran Cina di Assam Jawa, kerana dipercayai melanggar seorang penunggang motosikal wanita sehingga maut, tampil seorang individu mendedahkan cerita sebenar.





ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untuk ke page kami  --->   IsuKakiPanas



Menurut beliau, kejadian itu sebenarnya tiada kaitan dengan lelaki terbabit. Sebaliknya orang ramai telah tersalah anggap dan menjadikan perkara yang tidak benar tersebar di laman sosial sehingga memberikan tanggapan yang buruk terhadap lelaki berkenaan.




"Berita itu tidak betul. Cerita sebenarnya, penunggang motosikal itu terbabas sendiri lalu melanggar tembok longkang. Akibat dari kemalangan itu, tengkuk mangsa patah.


"Lelaki Cina itu dalam perjalanan ke restoran yang ingin dikunjungi, namun kebetulan melihat kejadian itu lalu memberhentikan keretanya.




"Dia menjenguk keadaan mangsa yang terjatuh di dalam longkang dan  terus menghubungi talian kecemasan 999.


"Menurut siasatan pihak polis, mangsa dipercayai mengantuk kerana jarak perjalanan yang jauh dari Shah Alam ke Kuala Selangor setelah habis kerja dan menyebabkan mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke dalam longkang.


"Siasatan di tempat kejadian juga menunjukkan bahawa tiada sebarang bukti yang menunjukkan mangsa dilanggar. Sebaliknya motosikal mangsa terlanggar tembok longkang itu sendiri.


"Siasatan juga mendapati, lelaki itu tiada kaitan dengan kemalangan tersebut," katanya.


Menjelaskan gambar-gambar kereta milik lelaki itu yang tersebar kononnya bukti pelanggaran, ini penjelasannya.




"Dalam kejadian awal di hadapan restoran berkenaan, apa yang berlaku ialah beberapa pelanggan Cina yang lain tidak berpuas hati mengapa sekumpulan lelaki Melayu datang mengamuk di restoran terbabit. Sedangkan lelaki Cina yang disyaki menjadi punca kemalangan itu sebenarnya langsung tiada kaitan dengan kemalangan tersebut.




"Disebabkan itu, berlaku pergaduhan di antara mereka. Kereta lelaki itu juga turut dirosakkan oleh sekumpulan lelaki Melayu berkenaan," katanya.



ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untuk ke page kami  --->   IsuKakiPanas
#Panas di 'Bukan Saya Langgar Dia, Saya Tolong Call 999 Saja'

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.