'Aku Ketuk Juga Kepala Kau Ni!'

15:41
'Aku Ketuk Juga Kepala Kau Ni!' merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri 'Aku Ketuk Juga Kepala Kau Ni!'.



Assalamualaikum. Saya nak tanya, siapa pernah makan di kedai ini?


ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)

klik disini untuk ke page kami  --->   IsuKakiPanas


Tadi, pertama kali mencuba makanan di kedai ini (lokasi: Merbau Kulai). Tengok ramai orang, saya datang makan satu keluarga 6 orang. Bila makanan semua dah sampai, semua okay tetapi nasi goreng kampung yang dipesan oleh suami dapat, memang sikit gile. Tak macam nasi-nasi goreng yang lain dan memang kosong nasi itu. Ayam kecil seketul, nasinya macam sesenduk saja.

Mungkin meja lain ada memesan nasi goreng kampung juga, jadi dia masak sekali. Mungkin nasi yang suami dapat hanyalah baki-baki saja sebab memang sikit gile.

Jadi, kita pun panggil pekerja kedai itu dan tanya baik-baik. Pekerja itu pula memanggil boss dia yang berperwatakan 'Tomboy' itu datang. Apabila bos dia datang, kita tanyalah kenapa portion nasi ini sedikit? Dia terus angkat pinggan ke dapur.

"Ni nak nasi banyak eh?!" katanya dari jauh dengan nada yang sangat biadab.

Mendengar kata-katanya itu, saya terus naik angin.

"Bukan nak nasi banyak, kita cuma mahukan kepastian kenapa portion nasi macam ni,"

Pekerja dia datang balik dengan nasi yang sama dengan portion yang sama. Cuma tambah 2 3 ketul ayam yang dihiris kecil.

"Kalau macam ni, saya nak cancel," kata saya.

"Kalau nak cancel, saya tetap letak di sini juga. Tetap kena bayar," balasnya.

"Macam ni melayan pelanggan dengan tidak ada minta maaf? Bila pelanggan mengadu tentang kualiti dan kuantiti makanan, tak boleh pula terima. Lepas tu, nak tengking-tengking pelanggan pula?," kesabaran saya sudah hilang dan digantikan dengan amarah.

"Saya ni berniaga," jawabnya lagi.

"Tahulah meniaga, tetapi jagalah pelanggan. Cakap dengan pelanggan pun tak ada adab. Minta maaf pun tak ada. Siapa yang mula menengking dulu? Bila kita marah, tak boleh pula terima," kata saya lagi padanya.

"Aku ketuk juga kepala kau ni!" katanya dengan tangan dah naik nak ketuk kepala saya.

Dia fikir bapak dia bayar fitrah saya! Huishh! Mulalah drama terjerit-jerti di kedai itu. Manusia mana yang tak kalau sampai orang nak ketuk kepala? Dia fikir dia bos, ada kedai, suka hati dia nak ketuk kepala saya? Saya pelanggan, saya bayar jadi saya ada hak untuk bersuara.

Sambil membebel-bebel di meja sementara menunggu adik-adik yang lain makan, datang seorang pakcik jual kerepek dan berbual seketika. Sejuk sikit hati ini.

Bila saya tanya pada beberapa kenalan lain yang menetap di Kulai, diorang kata memang perempuan tomboy itu kurang ajar orangnya. Kalau nak berniaga macam ni, memang tidak berkat rezekinya. - Firastri


ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)

klik disini untuk ke page kami  --->   IsuKakiPanas #Panas di 'Aku Ketuk Juga Kepala Kau Ni!'

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.