'Dia Nampak Baik Tapi Dia Hampir simbah Asid Pada Saya!'

15:12
'Dia Nampak Baik Tapi Dia Hampir simbah Asid Pada Saya!' merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri 'Dia Nampak Baik Tapi Dia Hampir simbah Asid Pada Saya!'.


PUTRAJAYA - "Buat baik biar berpada-pada," demikian perkongsian seorang pengguna Facebook yang memberikan peringatan kepada orang ramai di sekitar Putrajaya.


ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)

klik disini untuk ke page kami  --->   IsuKakiPanas


"Sekarang, nak tolong orang pun tak selamat"

Haris Jethro, berkongsikan pengalaman menakutkannya baru-baru ini dihampiri oleh seorang individu ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat. Baca seterusnya:

Jam 4:00 pagi di Putrajaya. Pada masa itu, saya dalam perjalanan nak pergi kerja. I was MH crew reporting jam 6:00 pagi. Jadi, haruslah bersiap awal singgah sebentar di kedai serbaneka 7 Eleven.

Sebelum tiba di simpang besar antara Presint 8 dan Presint 9, ada sebuah kereta sedan, Proton Saga, menunggu di lampu isyarat. 15 minit kemudian, saya melalui jalan yang sama dan kereta itu masih ada lagi.

"Mungkin kereta dia rosak agaknya," getusku dalam hati.

Kebetulan pada masa itu, lampu isyarat menunjukkan lampu merah. Sebagai pemandu yang berhemah, maka saya pun memberhentikan kenderaan. Nak langgar, kena fikir banyak kali. Tak pasal-pasal kena tangkap gambar pula.

Sedang saya menunggu lampu isyarat tadi, tiba-tiba pemandu kereta Proton Saga itu keluar dan mengetuk pintu kereta, menyuruh saya menurunkan tingkap.

Tanpa mengesyaki apa-apa, tambahan wajah individu itu kelihatan seperti orang yang baik, maka saya pun menurunkan sedikit tingkap kereta.

Kemudian dia bertanya, di mana letaknya pejabat Imigresen dengan loghat seberang. Lepas itu, dia suruh turunkan tingkap lagi.

Di kala jari hendak menekan butang turunkan tingkap, tiba-tiba mata saya tertumpu pada objek yang dipegang oleh individu itu, tersorok di belakang tangannya melalui cermin sisi kereta.

"Botol kaca RedBull!"

Saya serta merta terus kunci semua pintu kereta dan meredah lampu isyarat yang masih berwarna merah.

Moral cerita ini, dah tengah malam, jangan nak baik sangat dengan orang yang tidak dikenali.

Jika difikirkan secara logik, pertama, kenapa pada jam 4:00 pagi bertanyakan arah pejabat Imigresen yang terletak di Presint 2? Sedangkan papan tanda sangat jelas. Kedua, orang yang bijak, akan bertanya pada polis yang berkawal, kedai mamak atau pun kakitangan 7 Eleven.

Ketiga, Cuka Getah adalah sejenis asid yang tidak begitu kuat. Namun, botol kaca RedBull adalah tebal dan tahan hakisan. Ditambah pula pada ketika itu, individu itu memegang botol tersebut dalam keadaan sedia hendak menyimbahnya pada mangsa.

Saya juga melaporkan perkara ini kepada pihak polis Putrajaya. Malangnya laporan saya tidak diterima dengan alasan saya cuma membuat andaian sendiri kononnya mereka nak menyimbah asid.




ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)

klik disini untuk ke page kami  --->   IsuKakiPanas #Panas di 'Dia Nampak Baik Tapi Dia Hampir simbah Asid Pada Saya!'

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.