Pemandu Teksi Tak Pernah Dengar Rintihan Penumpang

16:12
Pemandu Teksi Tak Pernah Dengar Rintihan Penumpang merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Pemandu Teksi Tak Pernah Dengar Rintihan Penumpang.


Kehadapan pemandu-pemandu teksi Malaysia,


ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)

klik disini untuk ke page kami  --->   IsuKakiPanas


Saya mendengar dan melihat segala apa rintihan dan luahan anda. Namun, apakah anda pernah mendengar segala rintihan dan luahan kami sebagai penumpang anda? Pernahkah anda terdetik hati untuk menyelami isi hati kami sebagai penumpang?

Dari sikap kurang ramah kepada enggan menggunakan meter atau terlalu berkira dengan jarak destinasi yang ditetapkan oleh penumpang sehinggalah kepada harga bayaran perkhidmatan yang melampau serta dengan keadaan teksi yang 'buruk', berbau, menipu tambang, buat-buat sesat, memilih jenis penumpng, memilih lokasi tertentu untuk dihantar, panggilan tidak berjawab atau tidak datang ke lokasi setelah menerima panggilan dan bermacam-macam lagi masalah pemandu teksi.

Kamilah yang menjadi mangsa kepada semua perkara itu!

Kini, ramai penumpang yang beralih kepada perkhidmatan Uber dan GrabCar kerana mereka boleh diharap berbanding pemandu teksi biasa. Keadaan ini menyebabkan pendapatan harian pemandu teksi merosot. Pemandu teksi terasa kurang senang?

Yang sebenarnya, 'rasakanlah' segala apa yang telah anda lakukan kepada penumpang sebelum ini. Begitulah cara anda melayani penumpng dulu, bukan?

Ada anda kisah dengan kami yang terkinja-jina dalam kepanasan cahaya matahari terik  memanggil anda untuk berhenti?

Ada anda peduli apabila kami menggigil kesejukan akibat hujan sambil berharap anda akan berhenti?

Sudahlah mengenakan tambang yang keterlaluan kepada penumpang terutamanya pelancong asing. Apa anda fikir mereka begitu bodoh dan tidak menyedari apa yang anda lakukan? Secara tidak langsung, anda telah mencemarkan imej negara.

Ketika itu, anda umpama raja yang tiada persaingan. Maka anda menjadi bongkak dan mula memilih-milih penumpang. Penumpang yang memberikan lebih keuntungan akan diberikan lebih perhatian tanpa mengira faktor dan adab yang lain.

Sampai bila mahu terus menerus memberikan perkhidmatan yang tidak setimpal dengan kadar tambang yang dikenakan terhadap penumpang teksi? Jika pemandu teksi mengeluh mengenai perkhidmatan kereta sewa mereka semakin kompetitif, apakah tindakan yang anda lakukan untuk menambat kembali hati  dan kepercayaan penumpang?

Anda sendiri selama inj tidak pernah mempedulikan keperluan penumpang. Jadi mengapa kini kami pula perlu mempedulikan masalah kebajikan anda?

SIkap yang tidak bertanggungjawab diamalkan oleh segelintir besar pemandu teksi.

Disebabkan tingkahlaku yang tidak bertanggungjawab itu, imej Malaysia juga turut tercalar sehingga perkhidmatan teksi di negara ini dinobatkan sebagai nombor 1 dalam senarai negara dengan perkhidmatan teksi buruk di dunia. Tahniah!

Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pendapat ini dengan alasan hanya segelintir pemandu teksi yang bersikap demikian. Namun, benarkah hanya segelintir sahaja yang bersikap teruk?

Hakikatnya, hanya segelintir kecil sahaja pemandu teksi yang benar-benar juju dan amanah. Hanya disebabkan segelintir membuat masalah, segelintir kecil ini juga turut menerima


ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)

klik disini untuk ke page kami  --->   IsuKakiPanas #Panas di Pemandu Teksi Tak Pernah Dengar Rintihan Penumpang

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.