(5Gambar) Sayu : Pelukkan erat terakhir .. Selamat jalan isteriku damailah disana merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri (5Gambar) Sayu : Pelukkan erat terakhir .. Selamat jalan isteriku damailah disana.
SELAMAT JALAN ISTERIKU, UMI MEMANG LAYAK DIGELAR SYUHADA, DAMAILAH DIKAU DISANA.
ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
16 tahun masa kita bersama, bukan lah mudah bahtera kehidupan yg kita bina bersama-sama di layari, berbagai dugaan dan cabaran yg kita tempuhi bersama-sama.
16 tahun masa kita bersama, umi sentiasa tabah dan sabar melayani pelbagai ragam dan perangai abah, tidak sekelumit pun hilang kesetian umi pada abah.
16 tahun masa kita bersama, kini umi telah pergi buat selama-lamanya, tiada org yg paling bertuah dunia ni abah rasakan selain daripada abah mempunyai seorang isteri yg solehah seperti umi.
Kini kami kehilangan sesuatu yang amat besar dalam kehidupan kami ,tapi takdir tuhan mengatasi segalanya dan kami seikhlas hati redho dengan ketentuanNya dan bersyukur perginya umi sebagai seorang syuhada.
In sha Allah, abah akan penuhi hajat yg sentiasa umi luahkan, anak-anak abah akan isi dengan ilmu akhirat yang secukup-cukupnya. Biarlah suatu hari nanti anak-anak kita akan bergelar hafiz dan hafizah.
Moga-moga abah, kakak, adik dan eiman dapat bertemu kembali dengan umi di SANA nanti.
Abah halalkan dan ampunkan segala dosa-dosa umi, umi bagaikan kain putih bersih dan bagaikan bayi yang baru lahir bagi abah, abah redho dgn segala-galanya.
Damailah umi di sana............
ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
“Kalau diizinkan Allah, saya nak mati di Mekah,” demikian luahan terakhir Siti Nuroshlizan Zolkifli, 37, kepada suaminya Mohd. Fadzlin Ismail, 37, sebelum berangkat ke Mekah.
Siti Nuroshlizan yang merupakan seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Jeli, Kelantan disahkan meninggal dunia oleh Tabung Haji dalam kejadian kren tumbang di Masjidilharam, Jumaat lalu serta meninggalkan tiga anak iaitu Siti Nurul Najihah, 14; Siti Nurul Nadiah, 10, dan Iman Basheer, 5.
Mohd. Fadzlin memberitahu, walaupun masih terkejut dan sedih dengan berita kematian tersebut, mereka sekeluarga menerimanya sebagai ketentuan Allah.
“Sebelum berangkat menunaikan haji, banyak kali dia menyatakan keinginan untuk mati di Mekah dan meminta anak-anaknya sentiasa sedekahkan al-Fatihah buatnya kelak. Walau bagaimanapun, saya tidak menyangka perkara tersebut benar-benar berlaku.
“Tiada perubahan ketara ditunjukkan oleh arwah, namun dia kelihatan lebih fokus dalam menjalani ibadah. Arwah pernah memberitahu saya fokus dia sekarang adalah persiapan untuk akhirat semata-mata,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menceritakan semula detik sebelum isterinya berangkat ke Mekah, Mohd. Fadzlin berkata, arwah mengucup pipinya dan anak-anak seolah-olah mengetahui bahawa itulah kucupan terakhir mereka sekeluarga.
ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
“Pada masa ini saya sedang berusaha mendapatkan pasport dan visa bagi membolehkan melawat jenazah isteri. Saya bersyukur dan berterima kasih kepada Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz kerana sedia membantu dalam pengurusan dokumen perjalanan ke Mekah, bantuan tersebut sangat diperlukan,” katanya.
Dalam pada itu anak kedua Allahyarham Siti Nuroshlizan, Siti Nurul Nadiah ketika ditemui di Shah Alam, Selangor, dekat sini berkata, dia sempat menyampaikan kata-kata terakhir kepada ibunya.
“Sebelum ummi pergi, saya minta ummi jangan mati di sana. Ummi juga ada nasihat, jangan tinggal solat, selalu baca al-Quran dan doakan dia selamat,” katanya sambil mengalirkan air mata.
ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
Sementara itu, Ikmal Hisham berkata, pihaknya terpanggil untuk menghulurkan sumbangan kewangan serta membantu suami mangsa bagi mendapatkan pasport dan visa kebenaran berangkat ke Mekah.
“Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan oleh Allah apabila permohonan pasport Mohd. Fadzlin telah diluluskan dan hanya menunggu visa sahaja. Oleh sebab itu, saya sangat berterima kasih kepada Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim atas segala bantuan yang diberikan.
“Saya berharap keluarga mangsa dapat bersabar dengan ujian daripada Allah. Insya-Allah mereka akan diberi sokongan dan bantuan selagi mampu. Tabung Haji telah berjanji akan mendapatkan penerbangan paling awal kepada suami mangsa sekiranya semua dokumen telah lengkap,” katanya yang berada di bangunan Tabung Haji di sini bagi membantu Mohd. Fadzlin.
Turut hadir Setiausaha Sulit Kanan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Irwan Mansor dan Pegawai Khas Pengerusi Tabung Haji, Mohd.Khairul Rizzuan Abu Hassan.
ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untuk ke page kami ---> IsuKakiPanas #Panas di (5Gambar) Sayu : Pelukkan erat terakhir .. Selamat jalan isteriku damailah disana
EmoticonEmoticon