'5 Tahun Dah Bekerja, Ini Pertama Kali Aku Kena Halau' - Staff Poslaju

09:07
'5 Tahun Dah Bekerja, Ini Pertama Kali Aku Kena Halau' - Staff Poslaju merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri '5 Tahun Dah Bekerja, Ini Pertama Kali Aku Kena Halau' - Staff Poslaju. Kasihan dengan nasib yang menimpa seorang kakitangan Poslaju, Tom Yana, yang meluahkan rasa kecewanya diperlakukan seperti tidak bermaruah oleh Ambank Yap Kwan Seng.

Beliau yang hanya menjalankan tugas, terpaksa berdepan dengan situasi yang tidak diduga kerana sikap pihak pengurusan Ambank cawangan berkenaan yang tidak mahu bertolak ansur sehingga menyukarkan tugasnya untuk menghantar barangan milik kakitangan Ambank berkenaan.


ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untuk ke page kami  --->   IsuKakiPanas







3.30 - 5.50 petang, backup Ambank Yap Kwan Seng. Barang mailing tak diambil kerana arahan dari pihak pengurusan Ambank.

Tak mengapa, dalam 15 minit kemudian baru dapat buat kerja di lobi, dalam pintu kaca.

Kemudian didatangi oleh seorang lelaki Melayu, pengawal keselamatan menghalau saya keluar dan melakukan kerja-kerja itu di luar.

"Boss tak bagi buat dalam ini sebab semak. Nanti orang-orang luar, kakitangan Ambank serta boss-boss di sini nampak tempat ini bersepah. Tak elok," katanya.

Kami Kurier Poslaju dihalau macam anjing. Kami buat kerja untuk siapa? Staff kau orang punya barang personal. Aku fikir, aku bekerja untuk logo tertera pada baju uniform ini saja.

"Staff Ambank Yap Kwan Seng, please take note! Bos anda tidak mahu barang anda dihantar ke pejabat anda sejak minggu lepas, salam..." mesej kepada setiap penerima barangan yang berkenaan.

Terpaksa hubungi seorang-seorang. Handphone pula kehabisan bateri. Mujur ada hamba Allah ini beri gunakan handphone dia sekejap. Baik abang Despatch itu.



ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untuk ke page kami  --->   IsuKakiPanas



"40 item bang oi!"

Menurut bekas kakitangan Pos Malaysia, pekerja Kurier Poslaju tidak diberikan elaun telefon. Kebanyakan mereka terpaksa menggunakan kredit telefon bimbit sendiri untuk menghubungi penerima barangan.

Menurut Tom, dia diberikan amanah untuk menghantar barang-barang pelanggan dan mahu menghantar semua barangan tersebut dalam hari yang sama. Tidak seperti sesetengah kakitangan yang lain menangguhkan kerja sehingga keesokkan harinya.

"Kita bising-bising pagi-pagi, kita kasi habiskan. Bukan macam yang lain diam-diam bawa balik. Kalau saya tak ada hati perut, pergi 'mam' sama budak baru, tak habis hantar, pandai-pandai buat esok. Saya tak sampai hati," katanya.

Beginilah nasib kakitangan Kurier Poslaju, diperlakukan seperti orang yang tiada maruah sedangkan mereka tidak bersalah.

Tindakan pengurusan Ambank ini sememangnya tidak wajar dan dikritik oleh netizen kerana memandang rendah pekerja Kurier Poslaju. Sepatutnya pihak pengurusan mengenakan tindakan terhadap kakitangan mereka sendiri, bukannya pada pekerja Kurier Poslaju.


ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untuk ke page kami  --->   IsuKakiPanas #Panas di '5 Tahun Dah Bekerja, Ini Pertama Kali Aku Kena Halau' - Staff Poslaju

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.