Rita Rudaini Belum Maafkan Aidil Zafuan

03:57
Rita Rudaini Belum Maafkan Aidil Zafuan merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Rita Rudaini Belum Maafkan Aidil Zafuan.
Melihatkan situasi yang dialami oleh Rita Rudaini kini, dia mengakui belum memaafkan bekas suaminya lantaran meninggalkan dirinya dan anak-anak yang memerlukan kasih sayang seorang ayah ketika ini.







“Saya belum memaafkan dia! Apa yang dia lakukan terhadap saya dan anak-anak satu penganiayaan yang sangat besar. Anak-anak saya tidak bersalah dan masih kecil namun kenapa sanggup lupuskan kasih sayang seorang ayah di kala mereka sedang memerlukan”


“Dimanakah pula silap saya sebagai seorang isteri selama bersama lebih empat tahun?” jelas Rita kepada portal Pepatung serta menyatakan dia dan anak-anaknya kini cukup selesa hidup bertiga dan mengakui lebih rela bersendirian sampai tua.


“Saya tidak perlu menumpang kasih kerana sudah terlalu banyak kasih sayang yang sedang membunga antara saya, Rayyan dan Arjuna namun, kalau sudah jodoh saya terima ketentuan Ilahi”


“Cumanya, andai ditanya tentang perkongsian hati dengan lelaki, rasanya saya rela bersendirian sampai tua. Bukan kerana dua kali gagal dalam berumah tangga tetapi saya letih dengan lelaki dan kepercayaan saya terhadap lelaki sudah hilang,” jelas Rita.



sumber #Panas di Rita Rudaini Belum Maafkan Aidil Zafuan

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.