Kilafairy Pantau Mesej Lucah Di Laman Sosial, Mahu Sentiasa Positif

13:40
Kilafairy Pantau Mesej Lucah Di Laman Sosial, Mahu Sentiasa Positif merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Kilafairy Pantau Mesej Lucah Di Laman Sosial, Mahu Sentiasa Positif.


Selain diganggu oleh segelintir peminat yang sentiasa mengikuti dirinya setiap masa dan juga menerima mesej lucah, Kilafairy mengakui bahawa ada individu yang ditugaskan mengikuti ke mana sahaja dia pergi demi keselamatannya.




“Kila sebenarnya ada kawalan yang ketat sebab papa seorang polis. Jadi, kalau Kila nak ke mana-mana, sebenarnya ada orang yang dihantar papa untuk pantau keselamatan Kila dalam diam-diam tanpa pengetahuan Kila. Insya-Allah, selamat,” katanya kepada Tonton Extra.

Selain itu, menurut Kilafairy, dia kini lebih berhati-hati dalam memuatnaik gambar-gambar di Instagram dan dalam masa yang sama turut padamkan komen lucah selain block individu negatif berkenaan dari terus mengikuti perkembangannya.

“Saya lebih berhati-hati dalam pemilihan gambar untuk dimuatnaik. Tentang komen-komen berkenaan, saya ambil langkah padamkan dan block sesiapa yang berbuat demikian. Itu sahaja cara untuk berada di sekeliling orang yang positif”




“Saya jadi makin berjaga-jaga walaupun insiden itu bukanlah bermula dari saya semata-mata,” kata pelakon dan penyanyi ini sambil menjelaskan bahawa dia tidak akan mengambil pengawal keselamatan untuk memantaunya setiap masa.




sumber #Panas di Kilafairy Pantau Mesej Lucah Di Laman Sosial, Mahu Sentiasa Positif

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.