Tentera Syria Bunuh 117 Penentang Kerajaan

11:07
Tentera Syria Bunuh 117 Penentang Kerajaan


DAMSYIK 25 Jan. – Tentera Syria dilaporkan membunuh seramai 117 penentang kerajaan dalam operasi berasingan yang dijalankan di selatan negara ini, lapor agensi berita SANA, hari ini.


Pasukan tentera dilaporkan, membunuh 47 orang penentang kerajaan yang mempunyai kaitan dengan kumpulan Barisan al-Nusra di bandar Mashara, selatan wilayah al-Qunaitera berhampiran sempadan kawasan yang takhluki Israel iaitu Bukit Golan.


Manakala, 70 lagi penentang kerajaan dibunuh dalam satu operasi berasingan di selatan wilayah Daraa, selain turut mengakibatkan tiga orang awam terbunuh dengan 11 lagi mengalami kecederaan. - AGENSI


Sumber

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.