Geng Pencuri Lembu Kantoi, Dikepung Penduduk

11:07
Geng Pencuri Lembu Kantoi, Dikepung Penduduk









Salah seorang suspek berjaya dikepung penduduk kampung sebelum diserahkan kepada polis.

TEMERLOH – Sekumpulan pencuri lembu yang cuba mencuri ternakan penduduk Kampung Charuk Puting di sini kantoi selepas mereka dikepung dan dipukul penduduk kampung.


Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, empat lelaki itu dikepung ketika cuba mencuri seekor lembu dalam ladang kelapa sawit di kampung tersebut sebelum kehadiran mereka disedari penduduk kampung.


Difahamkan, kira-kira 10 orang penduduk kampung yang kerap mengadu kehilangan lembu kemudian mengepung kawasan tersebut dan berlaku pergelutan antara mereka dengan kumpulan pencuri berkenaan.


Bagaimanapun tiga daripada mereka melarikan diri dengan meninggalkan sebuah Proton Wira yang digunakan untuk tujuan itu.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh, Superintendan Zundin Mahmood berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian kira-kira jam 2.30 petang daripada penduduk kampung yang mengatakan seorang lelaki yang cuba mencuri lembu di Kampung Charuk Puting berjaya ditahan.


"Sehubungan itu, seorang remaja berusia 19 tahun berasal dari Jengka 15 yang sebelum itu ditangkap penduduk kampung ditahan untuk membantu siasata," katanya.


Menurutnya, suspek kemudian dihantar ke Hospital Temerloh untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar dan akan direman di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.


““Hasil siasatan polis juga mendapati kereta yang digunakan kesemua suspek adalah kenderaan curi yang dilaporkan hilang di Karak.


“Polis sedang menyiasat kes ini untuk memburu mereka yang masih bebas,” katanya. - Sinar Harian


Sumber

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.